Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?

Aku orangnya, jarang up status di Facebook. Kalau dahulu, ruangan status FBku sunyi sepi. Berkongsi pandangan, berkongsi aktiviti harian..rasanya aku tak pernah up status sebegini di Facebook. Kosong… Aku lebih selesa berkongsi cerita melalui medium blog. Juga di Instagram, setiap kali ke Bandar aku gemar berkongsi gambar melalui Instagram.

Cuma, sejak akhir-akhir ni penglibatan aku dalam Facebook semakin meriah. Alhamdulillah, akhirnya aku memberanikan diri untuk mengupdate status di Facebook. Kahkahkah…macam kedengaran lawak je. Ye..itulah kebenarannya.

Mengapa aku begitu gerun untuk up status di Facebook? Adakah kerana aku takut tiada sesiapa akan memberi komen? Adakah aku takut tiada sesiapa yang akan like status komen aku? Oh..semuanya tidak benar sama sekali. Keberanian ku terpancul apabila aku menemui rupanya up status di Facebook memberi kelebihan buat diriku. Dari segi apa? Dari segi berkongsi info bermanfaat buat semua. Ya…aku cuba memanfaatkan Facebook dengan berkongsi info dari 8Share.

Aku juga telah menjalankan sedikit uji kaji. Ping artikel blog di FB untuk melihat sejauh mana tarikan artikel tersebut di mata pengguna FB. Oh..rupa-rupanya ada jugak yang sudi like dan memberi komen pada status FB yang ku update. Terharu lettew.
  
Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?

Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?

Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?

Up status di Facebook, pentingkah LIKE dan KOMEN diterima?

Aku bukanlah Facebooker popular. Setiap kali up status di Facebook, akan terima ratusan komen dan like. No no no. Jauh lagi di tahap itu. Tapi sokongan rakan-rakan Facebook mengelike dan memberi komen membuatkanku tersedar, ‘Oh wujud rupanya kehadiranku di laman sosial’. Hihi.. Tengkiu buat yang selalu like dan memberi komen setiap kali aku up status. Korang memang sporting. Love u olls.

11 comments

Assalammualikum... yumida,

yumida sebenar nya telah popolar dan diterima oleh ramai follower dan pembaca setia yang sedia menanti post2 daripada yumida.. kekalkan momentum sebegini .. moga yumida menjadi blogger yang disenangi satu hari nanti... k Amin..

mselim3

hehe....kalo sy like dan komen sgt penting ble update status..kalo tnpa like dan komen, sy rasa mcm status sy tu xwujud hahaha

kekadang perasan juga post dekat fb :)

ok juga up status di fb
sharing the fastest way of our thought :)

fae x rajin update fb status. tp for my business fb account have to rajin la.

saya dh lama tk update status tau kak. hehehe. lagilah org tk kenal sape saya :p

Assalamualaikum dik Yumida....akak jarang update status kat blog...kadang adik-beradik jer tag kat fb...hehe

Jarang dah update status jak2 ;D hee

saya aktif kat FB sebab banyak kelebihan utk kita yg bergelar blogger ni. Fb salah satu medium memperkenalkan blog.. Saya antara yg aktif update status kat FB.. jarang sangat nak fikir siapa nak like @ komen.. sekadar tulis apa yang saya rasa nak tulis jer. Taknak benda small matter jadi tekanan bila kita letak harapan tinggi padahal benda tu takde apa2 sangat nak buat kita down.

Saya pulak,ada masa up date. Tak de masa cenggitu je la.


EmoticonEmoticon