Dah tengok drama Selamat Pengantin Madu? Cantik Eina
Azman dalam drama ni. Wataknya bersesuaian dengan penampilannya. Dulu, tak
perasan pulak aku Eina Azman ni cantik. Kecantikannya terserlah dalam drama ni.
Maybe warna rambut dan make up nya menyerlahkan keanggunannya. Apa pun watak Eina
Azman sebagai isteri kedua Aiman Hakim, madu kepada Fasha Sandha memberi rasa
kegerunan buat wanita di dunia bergelar isteri.
Gambar Drama TV3 Selamat Pengantin Madu
Gambar Aiman Hakim Ridza membawa watak
sebagai Zulkifly dalam drama Selamat
Pengantin Madu. Suami kepada Hana, mempunyai isteri baru iaitu Masmira.
Namun, hubungan baru dengan isteri mudanya tidak didedahkan umum.
Gambar Fasha Sandha membawa watak
sebagai Hana dalam drama Selamat
Pengantin Madu. Isteri Zulkifly, seorang yang kuat bekerja dan
mengutamakan keluarga. Siapa sangka seorang isteri yang cukup sempurna, isteri
mithali dalam keluarga tiba-tiba dikejutkan dengan berita madu barunya iaitu isteri
kedua kepada suaminya. Hana telah dimadukan Zul!
Gambar Eina Azman membawa watak
sebagai Masmira dalam drama Selamat
Pengantin Madu. Isteri kedua Zulkifliy, madu kepada Hana. Berambut
perang, cantik, pandai berfesyen. Masmira berperanan watak antagonis dalam
drama ni, tamak dalam meraih perhatian dan kasih sayang dari Zul.
Gambar Ieda Moin membawa watak sebagai
Solehah dalam drama Selamat Pengantin
Madu. Solehah merupakan pembantu rumah majikannya iaitu Zulkifly dan
Hana.
Selamat Pengantin Madu - gambar isteri pertama Zul (Hana) dan isteri kedua (Masmira)
Info berkaitan:
Saksikan Selamat Pengantin Madu
Drama TV3 Slot Lestary
Jumlah episod Selamat Pengantin Madu: 13
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam
6 comments
Wah
Fasha Sandha bertudung....cantik...
macam selalu mesti tak dapat tengok :( huhu..bz kerja
Hensem hero! ;D
Patut menjadi tontonan atau sekedar hiburan?
masih di awal episod. belum tahu lagi keseluruhan jln cerita. klo tgk sinopsisnya mesej cuba nak sampaikan ketabahan hati seorang isteri yg dimadukan. mungkin memberi sedikit sebanyak pada wanita yg bergelar isteri pertama tentang erti kecekalan mengharungi cabaran. rasanya sesuai utk ditonton. bukan sekadar hiburan. drama ada mesej.
EmoticonEmoticon