Tiada Penyingkiran Konsert AF 2014 Minggu 1

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 1 telahpun berlangsung dengan jayanya malam Ahad lepas (7 September 2014). Menyaksikan 12 persembahan peserta AF 2014 tahun ni. Masing-masing ada keunikan tersendiri.

Persoalannya, siapakah peserta AF 2014 yang telah tersingkir di minggu pertama? Berita menggembirakan kerana tiada penyingkiran di Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu 1.

Tiada Penyingkiran Konsert AF 2014 Minggu 1

Pasti ada yang ingin tahu, undian siapakah paling terendah di konsert AF 2014 minggu pertama. Wawa di kedudukan terakhir dalam carta undian. Dengan perkiraan undian sebanyak 2%. Nasib berpihak pada Wawa kerana minggu 1 tiada penyingkiran dilakukan. So, congrats Wawa.
Undian tertinggi di Konsert AF 2014 minggu pertama diraih oleh Azwan dengan undian 29%. Masa tengok konsert hari tu, banyak penyokong Azwan. Azwan membawa lagu Umpan Jinak Di Air Tenang, lagu pilihannya namun lagu tersebut dipertikai oleh juri Raja Azura. ‘Mengapa penyanyi muda menyanyikan lagu lama’. Aku lagilah bertambah pelik dengan komen Raja Azura.

Dalam mengumumkan pelajar AF 2014 yang tersingkir, 1 insiden yang tak diduga berlaku. Kelakar..menghiburkan! Jihan Muse merupakan peserta tersingkir minggu 1. Tapi Jihan peserta AF ke? Haha.. Jihan merupakan pengacara Diari AF 2014. Tugasannya mengacara bersama Zizan hanya di peringkat konsert minggu 1 je. Beg Hello Kitty berwarna pink diusung keluar oleh Jihan.

Tiada penyingkiran di Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu pertama, juga bermaksud kesemua peserta AF 2014 layak ke peringkat seterusnya di minggu 2. Yeah! Tahniah diucapkan buat semua: AZWAN AF 2014, EWAL AF 2014, FIRMAN AF 2014, AMAN AF 2014, ZARIF AF 2014, FAREZ AF 2014, ADEL AF 2014, MUNA AF 2014, NINA AF 2014, ZIHA AF 2014, NUHA AF 2014, WAWA AF 2014.

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

5 comments

suka dgr suara Ewal..ehh..salam kenal Yumida..terima kasih jadi followr blog sis JM :-)

Minggu 1 mestilah xda nak ;D hee


EmoticonEmoticon