Bayar hutang PTPTN melalui hasil pendapatan Nuffnang - Baki hutang PTPTN tinggal RM1,229

Alhamdulillah, dengan hepinya aku nak war-warkan saat ni aku tengah dibuai keriangan. Selepas membayar balik pinjaman PTPTN secara ansuran, now angka hutang makin mengecik. Bulan September 2014, baki hutang loan PTPTN tinggal RM1,229.24 sahaja. Horrey!

Misi aku nak langsaikan sehabisnya hutang PTPTN dalam tahun ni. Alhamdulillah, walaupun mengambil masa beberapa tahun, akhirnya sedikit melegakan untuk diriku. Ye la, pandai berhutang, pandai la bayar balik. Nak request minta free untuk education, mana mungkin. Semuanya perlu duit, duit, duit.

Last payment bayaran balik PTPTN ni, bulan Ogos lepas. Aku kalau ada rezeki lebih, dengan berlebih-lebihlah aku bayar. Malas aku nak berhutang lama-lama. Runsing! Dah bebas hutang baru lega. Tapi belum lega lagi, coz masih ada sedikit hutang yang perlu dibayar.

Mungkin inilah hasil rezekiku dengan berblog. Beriklan bersama pengiklanan Nuffnang, siapa sangka dengan wang hasil berblog ni dapat cover hutang PTPTN. Kalau pandai merebut peluang, insha Allah kita akan dapat ganjaran lumayan. Kalau hanya mengharapkan kempen CPC dan CPUV, aku akui pendapatan Nuffnang tidaklah seberapa. Kempen paling masyuk dalam pengiklanan Nuffnang ialah kempen ni: Kempen Blogbuster Nuffnang

Bayar hutang PTPTN melalui hasil pendapatan Nuffnang - Baki hutang PTPTN tinggal RM1,229, jana pendapatan melalui online, buat duit dengan blog, income Nuffnang bayar hutang PTPTN
 Hanya 13 hari sahaja, kempen blogbusterku menyumbang earning sebanyak RM1,714.50. 

Bayar hutang PTPTN melalui hasil pendapatan Nuffnang - Baki hutang PTPTN tinggal RM1,229, jana pendapatan melalui online, buat duit dengan blog, income Nuffnang bayar hutang PTPTN
Selepas dicampur dengan earning kempen Nuffnang yang lain, berjayalah aku cashout sebanyak RM1,855.66 bulan Jun lepas. Cashout bulan Jun, Cheque Nuffnang sampai bulan Ogos.  Syukur..rezeki berblog. 

Bayar hutang PTPTN melalui hasil pendapatan Nuffnang - Baki hutang PTPTN tinggal RM1,229, jana pendapatan melalui online, buat duit dengan blog, income Nuffnang bayar hutang PTPTN, ptptn paid
Dengan wang ni ditambah sedikit dengan wang aku sendiri, terus aku gunakan untuk bayar loan PTPTN sebanyak RM2,000 untuk bulan Ogos 2014. Now, baki hutang PTPTNku berbaki RM1,229.24 daripada jumlah hutang asal iaitu RM19,500.00.

Adakah hasil berblog membantu kewanganku? Ya! Aku akuinya. So, buat kengkawan di luar sana manfaatkanlah penggunaan internet sebaiknya. Sama ada menerusi blog, facebook, twitter, instagram or yang lain-lainnya..cari peluang untuk menjana pendapatan. Insha Allah, usaha berterusan pasti membuahkan hasil.

31 comments

Wahhh...bestnya dah nak habis! Congrats sis...berbaloi blogging kan!

tahniah yumida.semoga terus murah rezeki.best tu tggal sikit je baki ptptn.

Alhamdulillah..Tahniah Yumida..Sikit lagi tu...Another round of campaign k...

p/s: dah ok ke link yang problem hari tu?

tahniah yumida..seronoknyaa dah abis bayar ptptn dengan berblogging...tahniahhh

perghh jelesnya sis...sy nak dpt 10sen pn tekemut2 nuff ni :-(

Alhamdulillah..tahniah yumida. kagum dengan awak

terbaik la kak! lepas ni baki duit Nuffnang tolong Sally pulak byr PTPTN...kekeke :D

..wah seronok bayar duit ptptn guna hasil berblog..tahniah!

wahhhh...bestnyaaaaaaaaaaa....alahai..AB nak dapat CPUV pon susah ni..semput nafas..huhuhu..jom singgah blog AB, klik2 kat tabung Nuffnang..hehehhehe

Assalamualaikum dan salam singgah isnin dik Yumida..syukur Allahamdulillah dik dengan rezeki adik...semoga adik sentiasa di murahkan lagi rezeki..

This comment has been removed by the author.

Tahniahh...rezeki tu...bestnya dpt kurangkan hutang kan beban makin berkurang mesti gembira tinggal sikit aje lagi hujung tahun pasti selesai nih..:)

alhamdulillah...tak sia2 berblog selama nie kan.

Alhamdulillah...bagus tu...beringat untuk bayar apa yang paling penting...bole jadi semangat nih...^_^

tadi baru terima surat hutang ptptn. dah kena start bayar ni

Alhamdulillah dengan hanya berblogging dapat membayar hutang PTPTN.. Yumida jemput join GA nih..

http://karyamahirah.blogspot.com/2014/09/giveaway-september-by-karya-mahirah.html

Alhamdulillah tahniah Yumida... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki & terus sukses.. :)

Alhamdulillah.. Murah rezeki ktk kak :D

boleh bayar duet ptptn...rietta plak hanya ada rm 3 lebih jer...hehehe...blom ada rezki dengan nuffnang...

lama dah x blogwalking sini..

wahh..boleh jd sumber inspirasi.. hutang ptptn ku pun banyak jugak nih..

tahniah yumida..moga rezeki berganda2 lagi lepas ni.. :)

Wah sonoknya..smbil berblog smbil byr utang..hebatt..

wahhh...memang best bila dapat earnings banyak macam tu hanya dengan aktiviti blogging...boleh settlekan hutang2 yang tertunggak kan...

Wahhh ..Tahniah Yumida ..rezeki blogging dapat jugak bayar hutang PTPTN kan ..Tahniah sekali lagi Yumida

woooww!!tahniah..nie kena usaha keras bayar hutang

tahniahhh..murah rezeki awak
http://hcubeshop.blogspot.com/


EmoticonEmoticon