KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 25/09/2014
TAG:
http://izzeyda.blogspot.com/
http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
http://www.syuhadasalleh.my/
Setiap manusia menginginkan tubuh
badan yang sihat. Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan
diri kita dalam keadaan sihat walafiat. Berikut merupakan antara sebab mengapa
kesihatan itu amat penting bagi saya.
Mengapa kesihatan itu penting?
1.
Saya memerlukan tubuh badan yang sihat untuk bekerja
Pentingnya menjadi sihat, agar saya
boleh mencari rezeki dengan adanya kesihatan yang baik. Bekerja dengan
bersungguh-sungguh, fokus, menjadi pekerja produktif. Bayangkan jika kita tidak
mempunyai kesihatan baik. Aktiviti bekerja terganggu. Banyak kerja tertangguh.
Pastinya majikan tidak mahukan pekerja sebegini. Sebab itu kesihatan amat
penting bagi saya. Bila sihat, kerja terlaksana dengan baik. Dapat mencari
sumber pendapatan, menambah sumber kewangan, melangsaikan segala hutang dan
membuat tabungan simpanan di bank.
2.
Mengelak daripada sebarang penyakit
Saya amat menitikberatkan perihal
kesihatan. Ini kerana saya sedaya upaya untuk mengelak daripada ancaman
penyakit. Contohnya penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi,
masalah obesiti dan banyak lagi. Bila pemakanan tidak dijaga dengan baik, makan
sesuka hati, kita mungkin menghadapi masalah obesiti. Berat badan berlebihan.
Yang mana, melalui obesiti inilah penyakit berbagai bentuk mudah datang. Saya
sayang kesihatan saya!
3.
Saya ingin umur yang panjang
Kesihatan itu amat penting bagi saya
kerana saya menginginkan umur yang panjang. Mengikut kajian, orang yang menjaga
kesihatan berpeluang untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak
menjaga kesihatan. Sebab itulah menjaga kesihatan amat penting bagi saya. Sebab
dengan umur yang panjang ini, saya ingin mencapai matlamat, ingin membalas jasa
orang tua, ingin memberi kesenangan buat orang tua, ingin mencapai impian
hidup, paling penting dengan umur yang panjang saya ingin memenuhi usia saya
dengan membuat amal ibadah secukupnya.
4.
Saya ingin merasai nikmat hidup yang sihat
Bila badan sihat, berbagai aktiviti
kita boleh lakukan. Gembira, ceria, seronok melalui kehidupan setiap hari.
Bayangkan jika kita jatuh sakit gara-gara tidak menjaga kesihatan, pastinya ia
memberi kerunsingan buat diri kita. Melalui hari-hari dengan payahnya. Rasa
beremosi, tertekan, sakit. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu melalui perkara
itu. Sebab itu, menjaga kesihatan amat penting bagi saya. Saya ingin sebuah kehidupan
yang ceria yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.
Saya mahu sihat! Saya berusaha untuk
jadi sihat. Berikut merupakan cara-cara saya menjaga kesihatan:
1. Makan banyak sayur-sayuran dan
buah-buahan
2. Saya berusaha untuk mengelak
makanan mengandungi lemak dan cara masak berminyak
3. Lebihkan makan makanan laut seperti
ikan, sebab ia mengandungi protein, yang mana penting untuk memberi tenaga.
4. Berjoging di hadapan rumah, buat 5
larian penuh untuk memastikan saya berpeluh dan ianya sangat bagus untuk
jantung saya.
5. Main badminton setiap petang
6. Buat senaman ringkas di rumah,
sambil tengok tv sambil menggerakkan anggota badan.
7. Ambil supplement tambahan. Saya
pengguna Shaklee, melalui produk Shaklee yang saya ambil seperti GLA Complex, Alfafa,
Vita-E Complex dan Vita-Lea. Alhamdulillah, ia membantu kesihatan saya dengan
lebih baik.
8. Minum air masak di rumah. Kalau ke
kedai saya akan beli air mineral, sebab kandungan air mineral lebih baik
daripada drinking water (RO-reverse osmosis). Air mineral sangat bagus untuk
kesihatan.
9. Makan lebih banyak buah-buahan
terlebih dahulu, iaitu 10 minit awal sebelum mengambil makanan berat. Ini
penting bagi memastikan perut saya kenyang dengan buah-buahan, dan pengambilan
nasi diambil dalam kuantiti sedikit.
10. Menggantikan makanan malam iaitu
nasi dengan oatmeals. Saya tidak lagi mahu mengambil nasi untuk makan malam
sebab ianya menyebabkan badan saya mudah naik. Lagipun selepas makan, saya
hanya baring depan tv, takde buat aktiviti membakar lemak. Selepas bertukar
kepada makanan oat, Alhamdulillah saya alami penurunan berat badan. Malah saya
rasa lebih cergas dan mudah bergerak selepas makan malam.
4 comments
All the best yumida
Thank you for join the contest! really appreciate your effort..
Tahniah Kak umi..
dapat hadiah utama gituuu utk contest #2.
nanti bg details Nama, alamat, HP number to my email.
aann6485@gmail.com.
Thank you
singgah dari segmen yang sama
http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-kenapa-kesihatan-itu-penting.html
EmoticonEmoticon