Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4

Konsert AF 2014 minggu 4 telah pun berlangsung malam semalam dengan genre lagu berbeza berbanding sebelum ni. Komen aku bagi Konsert AF 2014 minggu 4 ni, Nuha memberikan persembahan terbaik. Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu 4.

Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 4


Azwan AF 2014 – Aduh (Ajai)
Ewal AF 2014 – Lena Diulit Intan (Wings)
Firman AF 2014 – Samrah Mentari (Jamal Abdillah)
Aman AF 2014 – Tak Pernah Berjumpa (Forteen)
Zarif AF 2014 – Gerimis Mengundang (Slam)
Adel AF 2014 – Kesetiaan (Siti Sarah)
Muna AF 2014 – Kekal (Ziana Zain)
 Nina AF 2014  – Dondang Dendang (Noraniza Idris)
 Ziha AF 2014 – Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
Nuha AF 2014 – Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor)

Tahniah buat 10 peserta AF 2014 yang telah menjayakan Konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 malam semalam. Jom layan gambar persembahan peserta AF 2014 di Konsert Akademi Fantasia Minggu 4:

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Keempat, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-4, Nuha persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 4
Ewal AF 2014 dengan lagunya Lena Diulit Intan. Sangat bersemangat persembahan Ewal malam tu. Penghujung lagu, ayah Ewal masuk. Rupanya ayah Ewal penyanyi kumpulan Wings. Kiut je tengok anak-beranak nyanyi.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Keempat, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-4, Nuha persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 4
Adel AF 2014 membawa lagu Kesetiaan. Lagu kegemaran aku ni! Cuma feel tak berapa nak sampai. Nyanyian kelihatan biasa, kurang suntikan kreativiti dalam lagu tu.

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Keempat, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-4, Nuha persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 4
Nuha AF 2014 dengan lagunya Sebelah Jiwaku. Ni baru jiwa rock. Kat penghujung lagu tu, ada Jaclyn Victor masuk, nampak sangat Nuha terkejut, gugup dan sedikit tenggelam berbanding Jaclyn. Lepas nyanyi, kaki Nuha dah tak boleh control. Hadoi. Kiut pulak tengok. Apa pun Nuha tetap memberi kelainan berbanding peserta AF 2014 yang lain. Nuha penyanyi beridentiti. Malah vokal Nuha sedap di dengar. Sebab tu membuatkan penonton rasa tertarik nak tengok, lagi dan lagi persembahan dari Nuha. Datuk Ramli MS pun selalu puji nyanyian Nuha. Congrats Nuha!

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Keempat, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-4, Nuha persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 4, muna tersingkir konsert af 2014 minggu 4
Muna AF 2014 dengan lagunya Kekal. Antara persembahan yang menarik di tengok. Ada suntikan kreativiti dalam lagu. Persembahan tak mengecewakan. Malah Raja Azura memberi pujian untuk Muna, baginya persembahan Muna di minggu 4 ni antara yang terbaik berbanding minggu sebelum ini. Namun, lagu kekal nyanyian Muna tidak berjaya membawa Muna untuk mara ke Konsert Akademi Fantasia minggu 5. Muna peserta AF 2014 yang tersingkir di minggu 4.

Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4

Zizan Razak & Faizal Ismail (FBI)

Juri Akademi Fantasia AF 2014 Minggu Keempat

Raja Azura, Datuk Ramli MS & Ziana Zain

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Keempat, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-4, Nuha persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 4
Kredit foto: Akademi Fantasia

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Panasss!

Konsert AF 2014:
Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Tarikh konsert AF 2014 Minggu 4: 28 September 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)


4 comments

Assalamualaikum dik Yumida....Muna memang best tapi apakan daya undian tak menyebelahi dia...apa2 pun semoga kesemua peserta AF 2014 teruskan berusaha....

Cepat jak AF tok dah konsert ke-4 nak.

Kita suka tengok ewal nyanyi...macm pro aje..

p/s; Tahniah yumida...dah berjaya menyenaraikan long list kat atas tu..he..he


EmoticonEmoticon