Sinopsis Mr. London Ms. Langkawi

Sinopsis Novel Mr. London Ms. Langkawi

Mr. London Ms. Langkawi mengisahkan watak Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Sinopsis Mr. London Ms. Langkawi, Gambar novel Mr. London Ms. Langkawi, Penulis novel Mr. London Ms. Langkawi: Herna Diana, novel terlaris 2014, novel popular 2014, Harga novel Mr. London Ms. Langkawi: RM21.00, Jumlah halaman novel Mr. London Ms. Langkawi 512 muka surat

Inilah gambar novel Mr. London Ms. Langkawi
Penulis novel Mr. London Ms. Langkawi: Herna Diana
Harga novel Mr. London Ms. Langkawi: RM21.00
Jumlah halaman novel Mr. London Ms. Langkawi: 512 muka surat

Novel Mr. London Ms. Langkawi merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan novel Mr. London Ms. Langkawi di pasaran!

8 comments

dah lama tak baca novel cenggini. perubahan umur kot jadi kurang dah minat nak baca cenggini. hehehehehee :D

Assalamualaikum dan singgah sini dik Yumida..menarik jalan cerita ni...

ishhh lama betul tak baca novel.. dulu suka layan novel macam nih.. 2-3 hari dah settle satu buku.. lebih 10 tahun tak layan novel..

Saya pun jarang baca novel macam ni..remaja mungkin sesuai..hihi, dah suku abad ni tak sesuai..


EmoticonEmoticon