Sinopsis Pulang Sayang Drama Slot Selekta Prima TV2
Pulang Sayang mengisahkan seorang
jejaka kacak bernama Aidil (Syed Aiman) tetapi bersikap kasanova. Aidil lebih
suka berpoya-poya dan menyerahkan semua tugas pejabat kepada pekerjanya iaitu Aliyah
(Memey Suhaiza). Aliyah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Namun
isteri Yusuf (Mustapha Kamal), Sharifah Sofea (Wan Nor Azlin) sentiasa tidak
puas hati dengan Azman (Fir Affandy) dan memandang rendah kebolehannya.
Syarifah Sofea juga tidak begitu merestui perkahwinan anak perempuan tunggalnya
Laila (Adiba Yunus) dengan Azman. Azman hanya berkelulusan sederhana dan
berasal dari kampung pula. Azman berasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya dan
cuba mencari jalan keluar.
Aliyah tidak menyenangi sikap Aidil
yang suka berseronok-seronok dengan ramai teman wanita. Aidil juga pernah cuba
mengajak Aliyah keluar tetapi Aliyah enggan. Aliyah bersikap tegas dan tidak memberi
muka kepada Aidil. Aidil pula dalam diam menghormati sikap dan kebolehan
Aliyah. Walaupun Aliyah bersikap dingin kepadanya tetapi Aidil tetap bersikap
gentleman baik sewaktu bekerja atau perkara lainnya terhadap Aliyah. Ini
menyebabkan teman wanita Aidil, Dhia selalu mengesyaki Aliyah. Aliyah menafikan
dia ada hubungan dengan Aidil.
Kepulangan Firdaus (Beego), anak
sulung Yusuf mengubah senario syarikat. Firdaus seorang yang tegas dan
mempunyai sifat yang amat bertentangan dengan Aidil. Jika Aidil seorang yang
suka berseronok, Firdaus pula amat serius terhadap tugasnya. Jika Aidil seorang
yang romantik dan gentleman, Firdaus pula seorang yang kasar dan berterus
terang. Dia tidak pandai berdiplomasi dan suka menegur orang bawahan secara
direct. Kadangkala kata-katanya menyakitkan hati, tetapi Firdaus tidak pernah
memikirkan perasaan orang lain.
Aliyah mendapati agak sukar bekerja
dengan Firdaus pada mulanya. Aliyah diarahkan bertugas dibawah Firdaus
memandangkan kedua-duanya jurutera dan dalam bidang yang sama. Namun sikap
Firdaus agak bossy dan perfectionist membuatkan Aliyah rimas dan berasa
dikongkong.
Saat ini Aliyah teringat betapa
mudahnya bekerja dengan Aidil, walaupun Aidil sambil lewa tetapi Aidil tidak
pernah mengongkong dan mempersoalkan tugas-tugasnya. Berbeza dengan Firdaus
yang mahu Aliyah memaklumkan apa sahaja tugas dan tindakannya kepadanya.
Sehingga hal-hal yang kecil pun mesti diberitahu kepadanya.
Aliyah cuba bersikap tegas kepada
Firdaus seperti yang dilakukan kepada Aidil, tetapi Firdaus lebih tegas lagi.
Namun ketegasan Firdaus memang kena
pada tempat dan biasanya tepat serta membuahkan hasil yang lebih baik. Cuma
Aliyah tidak tahan dengan cara Firdaus yang kasar dan kadangkala menjengkelkan.
Namun Aliyah tidak pernah mahu
mengalah. Dia tidak pernah merungut di depan Firdaus, malah menerima apa sahaja
arahan tanpa bantahan.Namun sesekali Firdaus tersilap dan Aliyah ada peluang
untuk mengenakan Firdaus semula. Firdaus mengaku jika dia membuat silap dan
sedia menerima tunjuk ajar Aliyah yang lebih berpengalaman dalam bidang
kejuruteraan.
Takdir menentukan Firdaus jatuh cinta
pada Aliyah. Namun sebaliknya Aliyah pula mula menerima cinta Aidil yang mula
berubah sikap menjadi lelaki budiman setelah berlaku kemalangan yang
membabitkan mereka berdua. Situasi itu membuatkan Firdaus putus asa dan
menjauhkan diri daripada Aliyah.
Aliyah akhirnya berkahwin dengan Aidil
namun dalam diam ibu mentuanya merancang niat jahat mahu mengenakan Aliyah dek
kerana dendam lamanya yang masih bersarang terhadap ibu Aliyah. Pelbagai
insiden di rancang supaya hasratnya memusnahkan masa depan anak musuhnya itu
tercapai.
Bahagia di harapkan tidak berpanjangan
bila Aidil kemudiannya berubah sikap kepada perangai lamanya yang suka
berpoya-poya. Aliyah begitu tertekan dengan situasi itu. Muncul Firdaus yang
bersimpati terhadap nasih menimpa Aliyah. Dapatkah Aliyah memperbaiki semula
keadaan dan merapatkan semula hubungan ibu dengan ibu mentuanya yang bermusuhan
sejak sekian lama? Saksikan segalanya dalam drama Pulang Sayang di TV2.
Kredit: Sinopsis
Pulang Sayang
Pelakon Pulang Sayang
Aidil – Syed Aiman
Aliyah – Memey Suhaiza
Firdaus – Beego
Dhia – Syatilla Melvin
Azman – Fir Affandy
Laila – Adiba Yunus
Yusuf – Mustapha Kamal
Sharifah Sofea – Wan Nor Azlin
Afifah – Raja Ema
Kamil - Idris Mat Diah
Ainul – Linda Hashim
Liana – Lynda Bangs
Soraya – Ayang Abbas
Original Sound Track (OST) Pulang Sayang
Lagu: Pulang Sayang
Penyanyi: Rendra Zawawi
Gambar Pulang Sayang
Saksikan Drama Slot Selekta Prima Pulang
Sayang
Jumlah episod Pulang Sayang: 26
Hari: Selasa – Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2
4 comments
macam best
memang best cite ni..semalam dah tengok episod 1..^_^
Memey Suhaiza... ok la kot citer ni
Mcm bestttt ;D
EmoticonEmoticon