Sinopsis Novel Manisnya Cinta
Manisnya Cinta mengisahkan tentang gadis berlesung
pipit yang bernama Ifti Liyana dan si jejaka kacak bernama Nazmi. Pertemuan pertama
mereka berlaku tanpa disengajakan di sebuah pasaraya. Ketika itu mereka berebut
untuk mengambil puding karamel yang tinggal satu bekas di atas rak.
Namun, tanpa mereka sedar, ketika itu satu perasaan aneh telah muncul dalam
hati masing-masing.
Kalau dah jodoh tak ke mana. Pertemuan
mereka bukan berakhir di situ. Mereka beberapa kali telah terserempak namun,
ketika itu masing-masing bersama pasangan masing-masing. Nazmi telah jatuh hati
kepada Ifti namun dia kecewa setelah melihat Ifti bersama anak-anaknya ketika
mereka ketemu lagi di MCD. Dia menyangka yang Ifti telah pun berkahwin dan
mempunyai tiga orang anak.
Namun, tanpa pengetahuan Nazmi,
sebenarnya anak-anak itu adalah anak-anak saudara kepada Ifti iaitu anak-anak
kakaknya yang telah meninggal dunia akibat sakit. Anak-anak saudaranya
memanggilnya dan adiknya Izelea mama. Akhirnya, di pertemuan mereka di kolam
renang ketika Ifti bersama keluarganya dan Nazmi bersama kawan-kawannya
menimbulkan tanda tanya dalam kepala Nazmi kenapa anak-anak itu turut memanggil
Izelea mama jika Ifti adalah mamanya.
Dalam benci ada rindu, dalam sayang
dia jadi keliru. Dia meragui Nazmi kerana sering di lihat bersama wanita yang
berbeza-beza. Kisah cintanya dengan Fredo yang berakhir dengan kekecewaan
menjadikan Ifti berhati-hati dalam memilih lelaki. Dia dan Nazmi mula berkawan
dan dia tidak pernah kisah walaupun dia tahu Nazmi hanyalah bekerja sebagai
pemandu bas dan mempunyai kereka Volkswagen Bettle berwarna putih yang buruk.
Mereka semakin rapat.
Namun, semakin rapat mereka berkawan,
Ifti merasa semakin pelik dan dia merasakan semakin banyak benda yang dia belum
tahu mengenai Nazmi. Perhubungan mereka jadi semakin serius selepas mereka
kebetulan bertemu di Cairo. Terlampau banyak kebetulan yang terjadi diantara
mereka. Seperti Nazmi sentiasa tahu ke mana dia pergi dan apa yang dia buat.
Bagaimanakah itu semua boleh terjadi? Adakah betul ianya hanya kebetulan? Dan
bagaimana Nazmi yang hanya pemandu bas, mampu pergi bercuti di Cairo? Sedangkan
Ifti sendiri pergi bercuti kerana mendapat hadiah dari bosnya.
Ketika bersiar-siar, dia ternampak
seseorang yang wajahnya mirip Nazmi. Lelaki itu kelihatan begitu mesra dengan
seorang perempuan. Dia cuba mengejar, tapi gagal. Betapa hancurnya perasaan
Ifti apabila merasakan dirinya di tipu oleh orang yang di sayanginya. Apakah
kesudahan kisah cinta mereka? Adakah masih banyak lagi rahsia mengenai Nazmi
yang dia belum ketahui?
Kredit: Manisnya
Cinta
Inilah gambar novel Manisnya Cinta
Penulis
novel Manisnya Cinta: Anis Ayuni
Harga novel Manisnya
Cinta: RM17.00
Jumlah
halaman novel Manisnya Cinta: 462 muka surat
Iye, aku
sendiri pun kehairanan bagaimana Nazmi yang hanya bekerja sebgaai pemandu bas
boleh sampai ke Cairo. Pastinya melibatkan banyak wang dan perbelanjaan.
Mungkinkah Nazmi hanya berpura-pura menjadi pemandu bas untuk mengenali lebih
dekat hati Ifti. Jom ketahui penghujung sinopsis Manisnya Cinta, rembat novel
ni di pasaran.
1 comments so far
Macam best ;D
EmoticonEmoticon