Gambar Drama Suamiku Encik Sotong
Gambar Sharnaaz Ahmad memegang watak sebagai Farish, Encik Sotong dalam
drama Suamiku Encik Sotong. Farish dinikahkan dengan Erica sebagaimana
tertera dalam wasiat nendanya. Bermula kehidupan Farish sebagai seorang suami
kepada isterinya yang sentiasa memberontak.
Gambar Amyra Rosli memegang watak sebagai Erica Sofea dalam drama Suamiku
Encik Sotong. Erica seorang isteri yang degil, suka menjawab, dijodohkan
dengan Farish. Baginya, perwatakan Farish yang begitu lemah lembut dianggap
sotong oleh dirinya. Demi mengejar cita-cita menjadi pengerusi Khaleeda
Holding, dia terpaksa menerima syarat wasiat arwah neneknya. Berkahwin dengan
Encik Sotong!
Gambar Amar Baharin memegang watak sebagai Izhan dalam drama Suamiku
Encik Sotong. Sepupu kepada Erica dan juga Farish.
Gambar Tunku Hanis memegang watak sebagai Qarina dalam drama Suamiku
Encik Sotong.
Gambar cover drama Suamiku Encik Sotong

Tonton Suamiku
Encik Sotong di kaca tv:
Gambar
Suamiku Encik SotongSinopsis ringkas Suamiku Encik Sotong
Suamiku Encik
Sotong mengisahkan
pasangan suami isteri yang dijodohkan gara-gara wasiat arwah nendanya. Erica
sanggup mengenetepikan maruahnya, berkahwin dengan lelaki lembut yang digelarnya
Encik Sotong! Demi jawatan pengerusi Khaleeda Holding, Erica sanggup berkahwin
dengan Si Sotong!
Farish,
berjiwa lembut, berperwatakan lemah gemalai, suka memiliki koleksi patung dan
berpakaian pink merupakan suami kepada Erica. Dialah insan yang digelar sotong
oleh Erica. Setiap kali bertemu, mereka bercakaran, kutuk-mengutuk dan saling
memerli. Saksikan telatah comel dan menghiburkan dalam drama Suamiku Encik
Sotong.
Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro
Maya HD 135
2 comments
1st episode pun dah menarik
Klakar bila gaya samseng bercakap macam sotong.Tak sabar nak tengok next episod!!
EmoticonEmoticon