Sinopsis Astana Cinta Aleesa

Sinopsis Astana Cinta Aleesa Drama TV9

Astana Cinta Aleesa mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Aleesa merupakan seorang isteri yang ceria dan amat dikasihi oleh suaminya Zhariff. Namun hubungan mereka teruji apabila Aleesa tidak dapat menerima kenyataan anak keduanya telah meninggal dunia.

Aleesa begitu tertekan. Tambahan lagi tekanan yang diberikan oleh ibu mertuanya, menuduh Aleesa seorang pembunuh. Pembunuh kepada cucunya yang baru lahir. Semenjak kematian cucunya, ibu mertua Aleesa begitu membencinya.

Aleesa begitu bersedih, gagal menangani berita pahit yang diterimanya. Aleesa merasakan anak keduanya masih hidup. Malah sering bercakap keseorangan dengan anak patung, seolah-olah patung tersebut merupakan bayinya. Kesedihan yang ditanggung Aleesa kian mendalam, pernah suatu ketika Aleesa ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas. Mujur Zhariff menyelamatkannya dan berjaya menghalang Aleesa dari terjun.

Dek masalah yang dihadapi di rumah, Zhariff terpaksa menyerahkan tugas kepada rakan sekerjanya iaitu Jimmy. Jimmy bukanlah orang yang tepat mengambil alih tugas Zhariff. Ini kerana Jimmy mempunyai niat tidak baik terhadap Zhariff. Apakah kesinambungan kisah ini? Berjayakah Zhariff mengembalikan Aleesa yang terdahulu? Adakah rumah tangga Aleesa dan Zhariff akan berkekalan? Saksikan segalanya dalam drama Astana Cinta Aleesa di TV9. BACA: ASTANA CINTA ALEESA EPISOD AKHIR

Pelakon Astana Cinta Aleesa

Emma Maembong - Aleesa
Nazim Othman - Zhariff
Amylia Rosli – Zaleha
Bill Azali – Jimmy
Ku Faridah – Hajah Timah
Aleeza Shadan – Hajah Zainab
Mustapha Kamal – Datuk Rahim
Puteri Balqis – Zara
Falisha Crossley – Alia
Ezzrin Loy – Azmeer
Qazem Nor – Suffiyan
Abang Rafi – Sulaiman
Laila Nasir – Kamariah

Original Sound Track (OST) Astana Cinta Aleesa

Lagu: Pemilik Segalanya
Penyanyi: Zim Ezuan

Lagu Tema Astana Cinta Aleesa

Lagu: Keampunan
Penyanyi: Zim Ezuan

Gambar Astana Cinta Aleesa

Sinopsis Astana Cinta Aleesa Drama TV9, Gambar Astana Cinta Aleesa, Pelakon Astana Cinta Aleesa, Original Sound Track (OST) Astana Cinta Aleesa, Download OST Astana Cinta Aleesa – Pemilik Segalanya, Lagu Tema Astana Cinta Aleesa, Download OST Astana Cinta Aleesa – Keampunan, Emma Maembong – Aleesa, Nazim Othman – Zhariff, Amylia Rosli – Zaleha

Saksikan Astana Cinta Aleesa
Hari: Selasa & Rabu
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9

3 comments

Salam. Link lagu Keampunan salah. Actually yang ni -

http://www.youtube.com/watch?v=D38oVS4OzPw

Tak silap lagu ni keluar episode ke 4 sebelum baby Aleesa meninggal dunia.

tq azimy. done update.
x lama lagi bakal tamat drama ni
excited nak tahu Astana Cinta Aleesa episod akhir
apakah kesudahannya...


EmoticonEmoticon