ProDiet Pet Food │ Makanan Kucing

Wah, rezeki besar buat kucing-kucing aku kat rumah. Pasalnya, aku terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk Contest Duit Raya anjuran Sekilass.com. Memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100. Alhamdulillah, rezekiku yang kukongsi bersama kucing-kucing kat rumah.

Dalam contest tersebut, ada dinyatakan mengapa peserta nak duit raya daripada blogger Sekilas. Salah 1 reason yang aku bagi, ni haaa..nak beli makanan untuk kucing ‘pet food’. Siapa sangka, hajatku ditunaikan. Horrey! Syukur…moga aku sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin. Jom tengok pet food yang aku beli untuk kucing-kucingku.

ProDiet Pet Food Makanan Kucing, harga makanan kucing, Kelebihan makanan kucing ProDiet,
ProDiet
The Prefessional Pet Food Diet
Berat bersih 85 gram
1 peket berharga RM1.40
Actually, aku beli 4 bungkus. 1 bungkus lagi dah kena ngap oleh kucing-kucingku kat rumah. Sedap katanya! Tinggal la 3 bungkus ProDiet yang sempat di snap.

Yang aku beli ni perisa ProDiet hidangan laut dan ProDiet ikan laut. Banyak jenama untuk pet food ni, time aku beli hari tu cuma ProDiet yang tinggal.

Kelebihan makanan kucing ProDiet:
-diperbuat daripada ikan segar
-tiada pengawet
-taurina dan omega 3 untuk penglihatan dan kepekaan yang lebih baik

Sebab perlu memilih makanan kucing ProDiet:
Kucing anda memerlukan anda untuk memilih makanan yang terbaik untuk mereka. Buatlah pilihan yang tepat dengan makanan kucing ProDiet, diet dengan nutrisi lengkap yang diperbuat daripada ramuan terpilih. ProDiet menggunakan ikan-ikan laut yang terpilih serta ramuan-ramuan lain yang telah diluluskan dengan penjagaan kualiti yang rapi. ProDiet menyediakan hanya yang terbaik untuk kucing anda menjadi aktif, sihat dan gembira!

Dengan girangnya, kucingku berjaya menghabiskan ProDiet sampai licin! Terima kasih bebanyak buat blogger Sekilas. Moga sentiasa dimurahkan rezeki. 

9 comments

saya dulu beli ni, gaul dengan nasik..licin...

kucing sy suke sgt .klu mkn dgn nasi..laju je kucing makan..

Rezeki si comel ya...nanti kita pun nak cuba jugak lah untuk kucing kita..

k lily beli biskut prodiet ni sekampit 8kg baru RM68 je.. puas makan kucing2 ni kat umah

wah,.. happy la kucing2 akak tu .. hihi

Kucing pun perlu makan makanan yg sedap dan berkhasiat..


EmoticonEmoticon