Giveaway Baik Punya Anjuran Sweet Mom Blog

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 02/10/2014

Saya suka Sweet Mom Blog kerana..

1. Headernya yang cantik!
Terpana mata melihat kecantikan header Sweet Mom Blog. Cantik! Mempamerkan kerjaya seorang ibu yang bergelar ahli Shaklee yang begitu komited. Menambah keterujaan diri saya nak singgah lagi ke blog ini. Header memikat kalbu.

2. Tempat untuk saya dapatkan informasi produk Shaklee
Bagusnya Sweet Mom Blog ni coz lengkap dengan maklumat tentang Shaklee. Setiap produk Shaklee ada dikongsikan berserta kelebihan produk tersebut. Memudahkan saya mengetahui jenis-jenis produk Shaklee yang bersesuaian dengan keperluan saya. Macam sekarang, saya amalkan GLA Complex, Vita-Lea dan Alfafa. Mengetahui isi kandungan dan manfaat sesuatu produk tu amat penting, supaya ia memberi kesan yang positif terhadap pengguna. Haa, kengkawan semua jom geledah informasi Shaklee kat Sweet Mom Blog ni. Penuh maklumat!

3. Tempat untuk ketahui tips parenting
Kat Sweet Mom Blog jugak tempat untuk saya belajar tips parenting. Contoh perkongsian macam mana nak ajar anak supaya tak pakai pampers lagi, contoh-contoh baju untuk menyusu. Semuanya perlu diketahui. Berguna bila saya dah memiliki anak sendiri nanti. Doakan untuk saya ya.

4. Tempat untuk mengetahui masalah kewanitaan dan kesihatan
Para wanita kena ambil tahu pasal masalah kewanitaan dan kesihatan. Sweet Mom Blog ada berkongsi tips-tips sebegini. Contohnya perkongsian rahsia faraj sihat dengan cara meruang. Saya pun baru tahu cara ni. Boleh diaplikasi kelak. Maklumat yang begitu berguna, especially saya bergelar wanita.

5. Membantu wanita hamil dengan mudah
Ada dikongsikan sekali tips kehamilan, cara menjaga kandungan, cara menguatkan rahim, cara mengelak keguguran. Maklumat yang lengkap untuk wanita hamil. Sweet Mom Blog sememangnya blog yang bagus dijadikan rujukan buat wanita yang bakal bergelar ibu.

6. Sumber idea dalam masakan
Haa.. jangan tak tahu kat Sweet Mom Blog ni ada dikongsikan kisah makanan. Buat diri ini menelan air liur banyak kali. Perkongsian yang memberi inspirasi buat diri saya dalam mencipta menu masakan di rumah. Saya pun nak buat jugak la resepi tu.

7. Tempat untuk rujuk pakaian dan fesyen
Malah disertakan sekali gaya fesyen baju muslimah, butik baju dan cara dapatkan tudung online. Tersedia lengkap dalam Sweet Mom Blog. Sambil skrol baca info pasal Shaklee boleh cuci mata layan gambar fesyen baju dan tudung. Biasa la, wanita macam saya memang minat benda cenggini. So, itulah antara sebab mengapa saya suka berkunjung ke Sweet Mom Blog. Jom kengkawan ramai-ramai kita serbu ke http://sweetmom83.blogspot.com

1 comments so far

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/giveaway-baik-punya-anjuran-sweet-mom.html


EmoticonEmoticon