Episod akhir Dosa Seorang Suami

Drama TV3 Dosa Seorang Suami Episod Akhir


Sheila menyepi diri selepas mengetahui Rafiq merupakan ayah kandungnya. Dia berasa malu kerana status dirinya anak luar nikah kepada majikannya, iaitu Rafiq. Rafiq, dahulunya seorang usahawan yang terkenal dan berjaya, kehidupan Rafiq penuh kemewahan. Rafiq hidup bergelumang dengan dosa malah tidak membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan yang baik.


Dugaan telah menimpa Rafiq. Rafiq disahkan lumpuh sebelah badan. Ujian ini telah menyedarkan Rafiq akan dosa-dosanya yang telah lalu. Semenjak Rafiq jatuh sakit, anak dan isterinya cuba menjauhkan diri. Bagi mereka, Rafiq seorang yang kotor, tidak berdaya, lumpuh, sudah tidak bernilai dalam keluarga.

Seorang gadis muda muncul menghulurkan bantuan. Siapa sangka rupa-rupanya gadis yang cukup baik hatinya mempunyai hubungan darah bersama Rafiq. Rafiq adalah ayah kandungannya. Perkara itu disedari selepas Rafiq sendiri sudah sembuh sepenuhnya daripada lumpuh. Dek terkejut dengan berita menggemparkan itu, Sheila membawa diri. Mengelak daripada berjumpa dengan insan yang pernah dia kenali.

Ustaz Amin cuba memperbetulkan keadaan. Menerangkan apa status Sheila dan apa tindakan yang perlu diambil.

Rashid pernah berdedam dengan Rafiq cuba untuk melupakan kisah silamnya. Niatnya yang cuba menghancurkan perniagaan Rafiq dihentikan serta-merta. Rashid menaruh hati pada anak perempuan Rafiq iaitu Arisa. Begitu juga pada Arisa, dia juga mempunyai perasaan pada Rashid. Demi cinta, dendam dilupakan.

Seorang bayi kecil ditemui di luar rumah Rafiq. Rupa-rupanya bayi tersebut adalah anak Arisz. Kakak dan ayahnya telah menegur kesalahan Arisz dan menyarankan Arisz mengambil tanggungjawab untuk menjaga bayi tersebut.

Alya telah ditakdirkan lumpuh. Alya menuduh suaminya iaitu Rafiq kerana menjadi punca kelumpuhan dirinya. Rafiq bersabar melayan kerenah Alya. Sejak lumpuh, sikap Alya semakin bertambah teruk.

Rafiq dan ibu Sheila disatukan semula. Atas pertolongan Ustaz Amin, mereka telah diijabkabulkan. Rafiq telah mengamanahkan wasiat pada Ustaz untuk dibacakan dihadapan keluarganya. Selepas mengetahui wasiat Rafiq, Alya bertambah berang kerana dia inginkan lebih banyak harta dari Rafiq. Malah dia juga memaki Rafiq untuk menceraikan ibu Sheila. Rafiq cuba menahan kesabarannya. Rafiq menasihati Alya untuk membuat taubat nasuha.

Rafiq menyuruh seluruh keluarganya berkumpul. Dia meminta maaf kerana tidak mendidik anak-anaknya dengan betul. Dia mengakui kesilapannya. Arisz juga memohon kemaafan dari ayahnya. Rafiq membuat keputusan untuk menjadikan Ustaz Amin sebagai ahli keluarga angkatnya yang baru. Pada masa yang sama meminta Ustaz mengajar mereka sekeluarga ilmu agama. Ustaz Amin dengan hati yang lapang menyambut usaha baik Rafiq sekeluarga. –TAMAT-

Info berkaitan:


Episod akhir Dosa Seorang Suami, sinopsis episod akhir Dosa Seorang Suami, ending drama TV3 Dosa Seorang Suami

Tarikh episod akhir disiarkan: 8 September 2014
Hari: Isnin
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3

4 comments

Assalamualaikum dik Yumida....akhirnya anak2 dan isteri tuan Rafiq insaf....akak suka tengok drama ni...

Dah abis dahhhhh?


EmoticonEmoticon