Menang Hadiah Wang Tunai Dari Denaihati

Alhamdulillah, syukur.. Rezeki hasil menjoinkan diri sempena minggu kemerdekaan bulan lepas. Dapat hadiah wang tunai bernilai RM100. Banyak tu!

 Menang Hadiah Wang Tunai Dari Denaihati, pemenang segmen contest Denaihati

Cabaran dalam menyahut segmen Denaihati:

Segmen hari tu bertemakan Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Masa aku sertai, aku langsung tak boleh nak akses ke blog Denaihati. Tak boleh bukak. So, aku buat entry berdasarkan pemerhatian dan bacaan dari blog peserta lain. Even tak tahu apa syarat dan point penting yang perlu diisi dalam segmen ni, aku beranikan diri! Sahut cabaran!

Masa blogwalking ke peserta lain, aku masih tak tahu apa sebenarnya point penting yang perlu diisi. Aku buat atas kefahaman aku mengenai tema merdeka. Ada jugak aku terbaca komen abang Eyriqazz kat Facebook yang blog Denaihati tak boleh dibuka. Aku rasa kalau time tu, blog mudah diakses. Sure ada ramai lagi penyertaan diterima.

Sehari selepas segmen berlangsung, aku buat blogwalking ke blog Eita. Ooo..rupanya ini soalan yang tertera dalam blog Denaihati. Terus aku kemaskini maklumat yang aku terima. Berdentam-dentum keyboard laptop ni kena taip. Hihi.. Takut nampak sangat tak menjawab soalan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terima kasih kat blogger Eita sebab menyediakan info lengkap sebagai rujukanku ketika itu.

Menang Hadiah Wang Tunai Dari Denaihati, pemenang segmen contest Denaihati

Sungguh aku tak sangka!

Memang aku terkezut sangat bila pihak Denaihati hantar mesej kat FB. Katanya , aku salah seorang pemenang contest hari tu. Hepi u olls! Rezeki..rezeki… 21 September 2014, amount RM100 telah berjaya di bank in ke akaun bank aku. Horrey! Terima kasih! 

12 comments

Wahh...tahniah sis Yumida. Rezeki!!
Memang banyak tu....hehe.

Assalamualaikum dan singgah pagi dik Yumida...Allahamdulillah dan tahniah dik...rezeki adik menang contest tu....

Alhamdulillah...tahniah sis...^_^

Tahniah...rezeki datang dalam pelbagai bentuk..:)

tahniah syukur alhamdulillah..

Alhamdulillah TAHNIAH ya Yumida ..Rezeki tuu

Alhamdulillah & Tahniah ...
Semoga terus dimurahkan rezeki ...


EmoticonEmoticon