Tugasan ke-2 cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati

Contest iPhone 5s telah memasuki pusingan ke-2. Tahniah diucapkan buat 148 peserta yang layak untuk mara ke peringkat cabaran fasa ke-2. Nak tahu anda berjaya atau tidak. Jom semak penyertaan anda kat sini:

Tugasan ke-2 cabaran iPhone 5s:
Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen untuk kiraan komen bertarikh 15/09/2014 – 15/10/2014 (tempoh sebulan). Peserta seramai 148 perlu bersaing untuk menjadi 70 orang paling terbanyak mengomen di blog Denaihati.

Pendapat aku cabaran tugasan ke-2:
Tugasan yang sukar dan mencabar. Memandangkan aku sendiri kekangan masa nak beronline di hari biasa, Isnin – Jumaat. 1 jam setengah je duduk depan lappy layan internet, hmmm..tu la aku kata, kurang masa beronline. Cuma weekend je aku banyak free, tu pun kalau line internet ok. Pakai VSAT, tak boleh nak ramal line internet akan ok or tak. Apa pun aku nak ucapkan all the best buat semua peserta cabaran iPhone 5s. Dengan segala usaha dicurahkan, moga kita di antara 70 paling ngetop tu.

Usaha usaha usaha..jangan putus asa. Ini kata-kata semangat dari tuan penganjur:

Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir. Tatap gambar iPhone 5s untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu.

Tugasan ke-2 cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati, contest menang iPhone 5s

Dah meresap tak kata-kata semangat tu? Haa..ni nak kasi tayang lagi hadiahnya. Kasi bakar itu aura kemenangan.

Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : 3 unit iPhone 5s 16GB untuk 3 pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.

Yey! Aku menang hadiah iPhone 5s!!! Jeles lettew :)

10 comments

Goodluck! wawa pun join :)
btw, yumida kena tag. ^^
http://wawaabdulhadi.blogspot.com/2014/09/giveaway-by-naza-tupperware-jom-join.html

wah yumida masuk jgk ye contest ni? gudluck

semoga berjaya ... ramai yg bersaing ni .

All the best Yumida.. in shaa Allah dengan usaha yang gigih, Yumida akan berjaya berada di dalam senarai top 70..

Good luck untuk yumida sekali lagi :)
Harapnya kita layak utk berada dlm top 70 tu :D inshaAllah..

Goodluck kak ;) Moga menjadi top 70 k ;D hee

All the best..kena buat entry ke kena komen jee huhuhu ..konpiuss kak lya..

x perlu buat entry, entry ni juz sebagai hebahan je, kot2 ada yg belum tahu pasal tugasan ke-2 yg akan start esok
komen mengomen tu yg wajib dibuat kat blog denaihati..hihi
all d bez buat kita semua kak lya

Kekangan masa dan internet memang merunsingkan kepala. Tapi nasib baik ada masa sebulan.


EmoticonEmoticon