Sinopsis Melarik Awan

Sinopsis Melarik Awan Drama TV3 Slot Azalea

Melarik Awan mengisahkan kehidupan Fatihah (Dayana Roza) mula diuji dengan kehilangan ibu yang disayangi kerana penyakit barah payudara yang dihidapinya. Kerana tidak mahu bapanya, Harun (Mubarak Majid) tinggal sendirian Fatihah melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran.

Dia juga tidak mahu Harun merasa terbeban. Setelah kematian Rabiah, Harun sering sahaja didekati oleh Zaiton (Ann Abdullah). Entah kenapa Harun terlalu mudah menerima kehadiran Zaiton walaupun pada mulanya Harun telah berjanji kepada Fatihah tidak sekali-kali akan menduakan arwah ibunya.

Pada mulanya Fatihah amat sukar menerima kenyataan bahawa dia akan menerima seorang ibu tiri dan akan menjadi kakak tiri kepada Areya (Shiqin Kamal). Areya sering sahaja bersikap jahat terhadap Fatihah. Tanpa pengetahuan Fatihah dan Harun sebenarnya Zaiton telah lama menaruh hati terhadap Harun tetapi Rabiah terlebih dahulu telah merebut hati Harun. Semenjak itu Zaiton bertekad untuk mendapatkan Harun dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan bomoh.

Fatihah sekali lagi diuji selepas perkahwinan Harun dan Zaiton apabila Harun mengalami kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Akhirnya Zaiton telah menunjukkan belangnya apabila dia mengusir Fatihah dari rumah dan menjualnya kepada Rayyan (Aizat Hassan), anak orang kaya yang ingin membeli tanah milik Harun.

Pada mulanya Fatihah tidak mahu tetapi Zaiton tetap menghalaunya untuk membolot harta peninggalan arwah suaminya. Zaiton juga turut melemparkan pelbagai fitnah terhadap Fatihah sehingga Rayyan amat benci dan memberi layanan buruk kepada Fatihah. Hanya ibu bapa dan adik Rayyan, Haziq (Azizul Ammar) yang melayan Fatihah dengan baik.

Apakah yang akan terjadi kepada Fatihah yang dipaksa menjadi orang gaji di rumah Rayyan, lelaki yang tidak pernah dikenalinya? Malah Rayyan sering kali bersikap dingin terhadapnya. Mampukah Fatihah mengharungi cabaran dan dugaan selepas di halau dari rumah? Saksikan segalanya dalam Melarik Awan setiap petang.

Pelakon Melarik Awan

Dayana Roza - Fatihah
Shiqin Kamal - Areya
Ann Abdullah - Zaiton
Mubarak Majid - Harun
Aizat Hassan - Rayyan
Azizul Ammar – Haziq
Sheila Mambo – Datin Suraya
Zulkifli Ismail – Datuk Mukriz

Original Sound Track (OST) Melarik Awan

Lagu: Rintihan Kalbu
Penyanyi: Qalam Band ft. Rafidah Ibrahim

Lagu tema drama Melarik Awan

Lagu: Aku Juga Manusia
Penyanyi: Amir Jahari

Gambar drama Melarik Awan

Sinopsis Melarik Awan Drama TV3 Slot Azalea, Download OST Melarik Awan – Rintihan Kalbu, Download OST Melarik Awan – Aku Juga Manusia, gambar melarik awan, Pelakon Melarik Awan, Dayana Roza - Fatihah, Shiqin Kamal - Areya, Aizat Hassan - Rayyan, Azizul Ammar – Haziq

Saksikan drama Slot Azalea Melarik Awan
Jumlah episod Melarik Awan: 20
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3

4 comments

shad tak pernah miss tengok citer ni ptg2.. best2.. hehe.. maklumla, peminat drama.. drama korea, drama melayu semua tengok, hehehe :D siap buat ringtone lagi ost rintihan kalbu tu.. hehe


EmoticonEmoticon