Muna Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 4

Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4 telahpun berlangsung dengan jayanya malam Ahad semalam (28 September 2014). Menyaksikan 10 persembahan peserta AF 2014 dengan membawa genre lagu berbeza berbanding lagu sebelum ni.

3 peserta telah mendapat undian terendah di Konsert AF 2014 Minggu ke-4, mereka ialah Muna, Ziha dan Nina. Nasib tidak menyebelahi Muna apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu 4. Muna telah membawakan lagu Kekal, nyanyian asal Ziana Zain.


Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Minggu 4, Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu Keempat, Komen penonton persembahan peserta AF 2014 minggu ke-4, Nuha persembahan terbaik Konsert AF 2014 Minggu 4, muna tersingkir konsert af 2014 minggu 4
Muna AF 2014 dengan lagunya Kekal. Antara persembahan yang menarik di tengok. Ada suntikan kreativiti dalam lagu. Persembahan tak mengecewakan. Namun, lagu kekal nyanyian Muna tidak berjaya membawa Muna untuk mara ke Konsert Akademi Fantasia minggu 5. Muna peserta AF 2014 yang tersingkir di minggu 4.

Juri memberi komen positif pada nyanyian Muna. Malah bagi aku persembahan Muna antara yang terbaik malam itu. Tapi biasa la, dah adat undian. Kalau tak dapat undian tinggi, maka tersingkirlah peserta itu tanpa banyak bicara. Program realiti ni, kita kena ada banyak penyokong. Penyokong yang sanggup membelanjakan kredit untuk vote. Kalau macam aku lak, penonton yang kedekut kredit. Hohoho.. Takpe Muna, moga rezeki Muna di luar sana, selepas keluar dari AF 2014 ni dimurahkan rezeki.

Muna Tersingkir Konsert AF 2014 Minggu 4

Dengan tersingkirnya Muna di Konsert Akademi Fantasia 2014 minggu keempat, maka 9 peserta AF 2014 yang lainnya mara ke peringkat seterusnya ke minggu 5. Tahniah diucapkan buat: AZWAN AF 2014, EWAL AF 2014, FIRMAN AF 2014, AMAN AF 2014, ZARIF AF 2014, ADEL AF 2014, NINA AF 2014, ZIHA AF 2014, NUHA AF 2014.

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Panasss!

Konsert AF 2014:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

3 comments


EmoticonEmoticon