Datuk Hattan Pengetua Akademi Fantasia 2014

Ura-ura mengatakan Datuk Hattan pengetua Akademi Fantasia 2014 terbukti benar. Tahniah Datuk Hattan!

Ada juga yang meramal mungkin Datuk Ramli MS merupakan pengetua kali ni. Tapi bila Datuk Ramli MS dijemput sebagai juri jemputan di Konsert AF 2014 minggu 1, sah bukan Datuk Ramli MS lah pengetua musim ni.

Ada juga yang request nak Datuk Siti Nurhaliza jadi pengetua tahun ni. Tapi belum masanya lagi. Bila muzik dimainkan saat pengetua AF 2014 diperkenalkan, penantian penuh debaran. Penonton kat Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terasa gamatnya. Berseluar putih, berbaju kot putih, tinggi lampai, bercermin mata, licin kepalanya, tiada rambut. Haaa… Datuk Hattan!

Selalu tengok Datuk Hattan jadi juri/pengkritik persembahan peserta. Tapi kali ni dengan tugas berbeza dan mencabar, Datuk Hattan terpilih sebagai pengetua Akademi Fantasia AF 2014. Sekalung tahniah buat Datuk Hattan.

Agak-agak apa erk rencana Datuk Hattan sebagai pengetua tahun ni. Mungkinkah ada kelainan? Mungkinkah lebih banyak kejutan? Mungkinkah ada suntikan kreativiti dalam nyanyian dan persembahan? Mungkinkan bakat peserta AF 2014 digilap habis-habisan? Sama-sama kita tengok perkembangan Akademi Fantasia tahun ni.

Datuk Hattan Pengetua Akademi Fantasia AF 2014
Dato’ Hattan merupakan pengetua Akademi Fantasia AF 2014 tahun ini. Tahniah!

Ketahui maklumat AF 2014 klik:

Saksikan Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam – 11.30 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)

4 comments

wah...bergaya la DH ni..tahniah DH..

nak tengok jugak ape perkembangan terbaru AF tp..saya puasa tV 40hari,, jadi xtengok tv pon..huhu

Ostematrix Vs Susu

Tahniah Datuk Hattan jadi pengetua AF 2014.


EmoticonEmoticon