Sinopsis Sinar Sinetron TV3

Sinopsis Sinar Sinetron Indonesia Di TV3

Sinetron Sinar mengisahkan seorang gadis bernama Sinar sanggup berkorban apa sahaja demi insan yang dia sayangi. Dia sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk membantu abangnya, Ferry dan adiknya, Shinta untuk melanjutkan pelajaran. Orang tua Sinar amat menyayangi dirinya, mereka berharap suatu hari nanti Sinar akan dijodohkan dengan jejaka kaya. Agar Sinar dapat mengecap kesenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.

Doa orang tua Sinar termakbul, apabila suatu hari datang seorang jejaka kaya, Sayid, datang untuk melamar Sinar. Orang tua Sinar berasa sangat gembira. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama, lamaran tersebut telah dibatalkan! Puncanya? Andy, abang kepada Windy menaruh dendam terhadap Sinar. Kerana itu, dia telah mereka cerita terhadap jejaka tersebut dan akhirnya lamaran tersebut dibatalkan.

Galang, jejaka kacak dan seorang yang prihatin telah jatuh cinta terhadap Sinar. Sinar dan Galang saling menyukai. Mereka juga berpakat ingin mendirikan rumah tangga. Jauh di lubuk hati Galang menyimpan rasa takut. Bimbang sekiranya keluarga Sinar tidak dapat menerima dirinya yang berasal dari keluarga yang miskin.

Windy sekali lagi cuba mencampuri urusan hidup Sinar. Dia yang licik berpura-pura baik di hadapan Sinar. Windy mempunyai rancangan jahatnya dalam menghancurkan hidup Sinar. Dia mereka cerita mengatakan Galang berasal dari keluarga kaya. Hingga akhirnya orang tua Sinar mempercayainya lantas merestui hubungan Sinar dan Galang.

Ketika dalam proses akad nikah, Windy memberitahu cerita sebenar. Bahawa Galang berasal dari keluarga miskin. Mendengar berita itu, orang tua Sinar mendesak Sinar untuk membatalkan perkahwinan. Demi cinta suci antara Sinar dan Galang, dia bertekad ingin menerukan perkahwinan itu.

Pada awalnya, keluarga Sinar menentang hubungan mereka namun akhirnya mereka perlahan-lahan menerima Galang. Wati, ibu kepada Galang, sering mendesak Galang agar menceraikan Sinar. Ini kerana dia mahu Galang dijodohkan dengan wanita kaya.

Lebih mengeruhkan keadaan, majikan tempat Galang bekerja telah jatuh hati terhadap Galang. Mengetahui berita itu, alangkah gembiranya hati Wati. Kerana dia masih menyimpan angan-angan ingin menjodohkan anaknya dengan wanita dari keluarga kaya.

Celline, majikan Galang, mempunyai hubungan baik dengan Wati. Mereka berpakat merebut Galang dari Sinar. Namun cinta Galang terhadap Sinar tetap utuh! Melihat situasi itu, Celline menjadi kecewa. Suatu hari, Celline mengancam Sinar dengan sebilah pisau. Tanpa sedar, dia telah menusuk pisau itu ke badan Sinar. Celline panik lantas mengheret Sinar ke hutan. Berita kematian Sinar telah tersebar luas.

Siapa sangka, Sinar mempunyai pasangan kembar. Kasih, merupakan kembar kepada Sinar telah datang ke Jakarta untuk menemui kembarnya itu. Namun hanya berita menyedihkan diterimanya. Kehadiran Kasih mengejutkan banyak pihak. Wajahnya sama seperti Kasih. Selepas mendengar cerita Sinar yang menjadi rebutan ramai pihak. Kasih membuat rancangan untuk membalas dendam demi kembarnya. Kasih berpura-pura menjadi Sinar.

Berita Sinar hidup kembali amat mengejutkan Wati dan Celline. Kasih melaksanakan rancangannya membalas dendam terhadap Celline. Dalam pada itu, Kasih juga telah jatuh hati terhadap Galang. Celline mengadu kepada ibu Galang, Wati, bahawa wanita tersebut bukan Sinar tetapi kembar Sinar. Mendengar berita itu, Galang semakin membenci Kasih atas penipuannya.

Kasih menerangkan kisah sebenar, kisah di mana Celline telah membunuh Sinar. Kasih perlahan-lahan diterima oleh keluarga Galang. Celline telah ditahan polis atas dakwaan membunuh. Namun atas kekurangan bukti, Celline telah dibebaskan semula.

Galang ingin memulakan kehidupan barunya. Dia juga merencana ingin menikahi Kasih. Di hospital, Sinar telah sedar dari koma. Ketika itu dia sedang sarat mengandung 7 bulan. Mengetahui berita Sinar masih hidup, Celline mereka cerita mengatakan Sinar telah merebut Galang. Bahkan mereka juga telah merancang untuk berkahwin.

Mendengar cerita itu, Sinar bertambah membenci Kasih. Berlangsungkah perkahwinan antara Kasih dan Galang? Bagaimana pula dengan hubungan kembar antara Sinar dan Kasih? Adakah mereka akan berbaik semula? Selepas begitu banyak propaganda dibuat oleh Celline. Adakah Galang dan Sinar akan disatukan semula? Saksikan segalanya dalam Sinetron TV3, Sinar pada pukul 3.00 petang.
Kredit: Wikipedia Sinopsis Sinetron Sinar

Pelakon Sinetron Sinar

Ririn Dwi Ariyanti - Sinar / Kasih
Chico Jericho - Galang
Irwansyah - Sayid
Arie Dwi Andhika - Radit
Celine Evangelista - Celine
Fanny Ghassani - Vina
Revand Narya - Dennis
Ditmar Hadi - Ditmar
Indah Indriana - Anna
Shareefa Daanish - Windy
Robertino - Ferry
Sonya Fatmala - Sinta
Marsha Aruan - Jelita
Keith Foo - Andy
Fandy Christian – Benny

Original Sound Track (OST) Sinetron Sinar

Lagu: Pelan-Pelan Saja
Penyanyi: Kotak

Gambar Sinetron Sinar

 Sinopsis Sinar Sinetron TV3, gambar Sinetron Sinar, pelakon Sinetron Sinar, Original Sound Track (OST) Sinetron Sinar, Download OST Sinetron Sinar – Pelan-Pelan Saja, lagu tema Sinetron Sinar, Ririn Dwi Ariyanti - Sinar / Kasih, Chico Jericho – Galang, Irwansyah – Sayid, Arie Dwi Andhika – Radit, Keith Foo - Andy

Saksikan Sinetron Sinar
Jumlah episod Sinar: 97
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 2.00 petang – 3.00 petang
Saluran: TV3

4 comments

mak aii ada kembar pulak dahhh .Panjang lagi la kot citer ni kan Yumida ..aduhai ..

Stress tgk cta tok. Tapi tetap juak tgk. haha

cite indon nii klau da mati nanti ade kembar laa ataupun hidup balik tp hilang ingtan. lepas tu mesti ade org jht tp x tertgkap..apelaa.. tp cite nii penuh dgn suspen..

itulh dia.kblakngan ni asyk tgk ctr bnyk kembar je.cun2 jg pnj.novel yg ad kembar.tp overall cter ni mmg besy dan akhirnya sy kesian dgn kasih.sinar tu tau celine mmg x blh pcya msh jg nk ikut cko dia.


EmoticonEmoticon