Hadiah Shawl Purple

Alhamdulillah, rezeki. Menerima sehelai shawl berwarna purple dengan corak coklat yang cantik memikat hati. Hadiah shawl ni datangnya dari blogger Sarah Hanim.

Hadiah Shawl Purple, kupon burger king
Shawl purple. Eh eh jap..ni ada lagi hadiah tambahan.

Hadiah Shawl Purple, kupon burger king
Kupon diskaun kat Burger King. Guna kupon ni memang penjimatan berbaloi. Cuma kat Sarawak takde franchais Burger King, kalau kat Sabah ada. Takpe, simpan untuk kenangan.

Yey, bertambahlah koleksi shawl adikku nanti. Adik aku memang penggemar shawl. Macam-macam pesen dia boleh buat. Aku je tak sekreatif tu. Al maklum la taste aku ni taste orang tua. Pakai tudung awning, main masuk je tu.

Terimalah pantun 2 kerat dariku:
Terima kasih daun keladi,
Moga blogger Sarah Hanim sentiasa dimurahkan rezeki.

13 comments


EmoticonEmoticon