Sinopsis Selamat Pengantin Madu

 Sinopsis Selamat Pengantin Madu Drama TV3 Slot Lestary


Selamat Pengantin Madu berkisarkan kisah kekeluargaan yang didalangi orang ketiga. Kehadiran orang ketiga dalam perhubungan suami isteri, mengeruhkan lagi keadaan. Lebih memburukkan lagi, orang ketiga mempunyai hak yang sah dalam perhubungan itu. Menakutkan, bila kehadiran orang ketiga membawa watak antagonis!

Hana (Fasha Sandha) seorang isteri mithali buat suaminya iaitu Zulkifly (Aiman Hakim Ridza). Manakala ibu kepada 2 orang anak, Nisya (Khayrisyah Kemal) dan Syafik (Carl Eqmal Hazali). Hana mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Mempunyai kerjaya di syarikat swasta, kehidupan mereka serba serbi mencukupi.

Siapa sangka isteri yang cukup mithali itu diduakan oleh suaminya. Dugaan yang begitu berat bagi Hana. Masmira (Eina Azman), isteri kedua Zul merupakan madunya! Kenyataan yang tak dapat dinafikan Hana, kerana Masmira dan Zul sudah mempunyai ikatan sah.

Ya, suaminya telah melakukan poligami tanpa pengetahuan dirinya. Betapa hancurnya hati seorang isteri. Apabila insan disayangi menduakan kasih sayang dicurahkan dirinya. Hana kecewa, terkilan, merasa sedih yang teramat sangat.

Dalam kehidupan realiti, memang kisah sebegini kerap berlaku. Bagi isteri yang tidak sanggup menanggup beban hidup bermadu, pasti kita sudah tahu apa pengakhiran hubungan suami isteri tersebut. Namun, dalam drama Selamat Pengantin Madu kita akan disajikan perjalanan sukar dan pengorbanan seorang isteri buat suaminya yang tercinta. Hana menerima takdir dimadukan dengan pasrah dan mencuba terbaik dalam menyelamatkan hubungan perkahwinannya.

Namun, dugaan dan rintangan dalam menerima kehadiran madu tidak semudah yang Hana sangkakan. Lebih-lebih lagi, madunya sendiri, Masmira tidak mahu berkompromi dengan dirinya. Lebih teruk lagi, Masmira menginginkan perhatian penuh daripada Zul 100%. Malah, Masmira merencana perancangan jahatnya. Tonton segalanya dalam drama Selamat Pengantin Madu di TV3.
Sinopsis Selamat Pengantin Madu, sinopsis drama Selamat Pengantin Madu

Saksikan Selamat Pengantin Madu
Drama TV3 Slot Lestary
Jumlah episod Selamat Pengantin Madu: 13
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam
Saluran: TV3

6 comments

Suka jugak tgk citer ni..Suka tgk Fasha bertudung ..Nampak cantik

Watak Aiman pon best dalam citer ni.......... Sesekali jadi bapak orang ..biasa berlakon jadi kekasih orang suami org jer kali ni jadi bapak orang la pulak ......

nt mas kne buli suami dia duk gelak je hehe

Akak suka tengok Aiman berlakon...hehe

Menyampah tengok c eina azman tu berlakon.. mngedik mcm ape jeee.... nasib baik mmg xmnt kt die.... puihhhh


EmoticonEmoticon