Siapa Fattah Amin?
Fattah Amin merupakan pelakon utama drama Playboy Itu Suami Aku. Dalam drama tersebut, beliau memegang watak sebagai King Adrian Benjamin. Drama ini sedang
hangat ditayangkan di slot Akasia TV3, hari Isnin sehingga Khamis, jam 7 petang
hingga 8 malam.
Fattah Amin merupakan pemenang pertandingan Hero Remaja 2012. Nama sebenarnya ialah
Abdul Fattah Mohd. Amin. Berusia 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.
Fattah Amin dilabelkan pelakon kayu!
"Pada awal episod, saya akui
saya tidak mampu menjayakan karakter lelaki playboy, tapi saya mengambil
kegagalan itu sebagai satu cabaran kerana itu lahir daripada diri saya sendiri.
Saya tidak membiarkan perkara itu tapi cuba memperbaiki berdasarkan kritikan
penonton dan maklum balas orang ramai. Walaupun lakonan saya diistilahkan kayu
atau tidak bagus oleh sesetengah pihak, saya masih ada pengarah untuk memandu
dan mencorakkan karakter Adrian. Saya hanya boleh komen lakonan saya saja,
kalau ada kekurangan saya mengaku memang kelemahan itu datang daripada diri
saya sendiri," - Fattah Amin
Lakonan hambar Fattah Amin dalam Playboy Itu Suami Aku
"Saya ada membuat homework
untuk watak itu dan tahu jalan ceritanya menghala ke arah mana tapi apabila
masuk ke set penggambaran semuanya berubah. Perlu jaga karakter, pergerakan,
dialog dan suara serentak dalam satu masa. Jadi saya menjadi gugup! Mungkin
kerana saya masih baharu dalam bidang ini dan kurang pengalaman untuk mengatasi
perasaan itu. Bagaimanapun, saya enggan menjadikan perkara itu alasan. Saya anggap
itu sebagai satu cabaran untuk buat lebih baik pada masa akan datang," - Fattah Amin
Adakah Fattah Amin seorang playboy?
"Definisi playboy adalah
seorang lelaki yang ada stail dan gaya, kaki perempuan dan sering melontarkan
ayat-ayat manis untuk memikat hati wanita. Saya sendiri bukan playboy! Saya
tiada komitmen dengan sesiapa pun buat masa sekarang dan tidak akan menjalinkan
hubungan dengan ramai perempuan serentak. Kalau betul-betul serius saya akan
terus melamar, memang sekarang ada berkawan dengan seseorang tapi belum sampai
ke tahap untuk berkahwin lagi. Saya masih muda dan perlu membina kerjaya
sebelum serius dalam perhubungan,"
- Fattah Amin
Sumber: Kosmo Online
*Orangnya handsome, kacak, iras-iras pelakon Korea Lee
Dong Wook. Diakui, sememangnya lakonannya masih hambar, kurang menusuk kalbu
penonton. Menerusi drama Playboy Itu
Suami Aku, lakonannya mendapat kritikan hebat daripada peminat. Sungguhpun
begitu, Fattah Amin bukan jenis cepat melatah orangnya. Segala komen negatif
daripada penonton diambilnya secara positif. Hmmm…kagum gak dengan Fattah Amin
ni. Moga beliau sukses dalam bidang hiburan ni.
13 comments
Ekekeke tahniah buat dia sebab mampu jatuh bangkit kembali ^_^
dah tak tgk citer playboy. hehe. sebab.. dot.dot.dot. ops! semoga succes fattah!
bila tgk makin lama makin hensem pula.. haha
biaslah...baru lagi kan.lama2 nanti oklah..
now, makin best dah PISA ;D hee
Cite ni makin lama makin sedey daa...hahahaa..tapi ada part lawak mmg menjadi even kena komen "kayu"...hahahaa...
Mne tau rezeki Fattah ni berlakon dlm citer Korea plak one day...hehehee..rezeki org..siapa yg tahu...
saya layan jerr..msa tu je yg boleh tgk TV pun...bebudak ni konker channel dorg jerr...huhuuu
x0x0 ^___^
Semoga dia tabah dengan kritikan tersebut.
"kayu" pun "kayu" la..
Sungguh pun "kayu", ramai gak layan citer tu...
kena masuk kelas lakonan nie.....
tak tahu laa kayu ke tidak ke sebab tak tengok pun..ada tengok beberapa minit tapi tak minat so tak tengok lagi dah huuu
laki tok aktif berteater kah? nangga geraknya mcm org teater jak.. ada juak kmk nangga cerita tok di kampung, cdak makcik2 kmk bergila dgn cerita tok.. hehe
Tabah ye fattah amin.. Saya akan selalu sokong fattah.. PISA the best!!!! <3
fattah amin terbaik....saya suka....
EmoticonEmoticon