Astana Cinta Aleesa Episod Akhir

Episod Akhir Drama TV9 Astana Cinta Aleesa

Zaleha (Amylia Rosli) seperti orang hilang akal akibat begitu tertekan kes Zhariff (Nazim Othman) di penjara. Malah lebih teruk, dia telah diperkosa oleh Jimmy (Bill Azali). Aleesa (Emma Maembong) dan adiknya begitu terkejut melihat rakaman kamera tertutup, yang telah dipasang di rumah agamnya.

Jimmy berang apabila mengetahui Azhar telah berhenti kerja. Dia pergi ke pejabat Datuk Rahim (Mustapha Kamal). Namun hanya berita menghampakan apabila namanya digugurkan daripada pengurus projek.

Zhariff dibebaskan dari penjara. Dakwaan ke atasnya telah digugurkan. Mendengar berita itu, Aleesa begitu teruja kerana terbukti suaminya tidak bersalah. Malah video yang telah ditunjukkannya kepada Datuk Rahim berjaya menyakinkan Datuk.

Jimmy pergi ke rumah Zaleha. Zaleha begitu marah kerana Jimmy telah mengkhianatinya. Zaleha mengacukan sebilah pisau namun segera ditepis oleh Jimmy. Jimmy mengingatkan Zaleha bahawa dirinya juga tergolongan wanita jahat. Jimmy sekali lagi melakukan adegan terkutuk terhadap Zaleha. Zaleha menangis, meronta-ronta minta dilepaskan.

Sebaik Zhariff keluar dari penjara. Seorang lelaki telah membawanya menemui seseorang. Rupanya orang tersebut merupakan Datuk Rahim. Zhariff mengucapkan berbanyak terima kasih atas dakwaan yang digugurkan oleh Datuk Rahim.

Ketika Zhariff sampai ke rumah. Dia terserempak Jimmy di tangkap oleh polis. Zhariff begitu marah kerana Jimmy telah menganiayanya. Jimmy di bawa masuk ke dalam kereta peronda polis sambil tangannya dalam keadaan digari.

Nenek Zhariff (Ku Farida) telah berbaik semula dengan keluarga Aleesa. Malah keluarga Aleesa banyak membantunya memberi kata-kata semangat ketika Zhariff ditangkap polis. Baru kini nenek Zhariff tahu betapa mulianya hati keluarga Aleesa.

Zaleha asyik menyebut nama Zhariff, seolah-olah telah dirasuk. Zaleha hilang akal apabila mengetahui Zhariff tidak bersamanya. Dia merayau-rayau ke kampung sambil mencari kelibat Zhariff.

Nenek Zhariff memujuk Zhariff agar kembali kepada Aleesa. Nenek begitu menginginkan mereka berdua bersatu. Zhariff juga diserang bersalah kerana melukai hati Aleesa.

Ketika Aleesa balik dari temuduga kerja, dia terserempak dengan Zaleha di tepi jalan. Tersentuh hati Aleesa apabila melihat keadaan Zaleha yang tidak terurus. Merayau-rayau tanpa selipar, sambil menyebut nama Zhariff. Aleesa membantu Zaleha dan menghantarnya balik ke rumah.

Zara, anak Aleesa dan Zhariff tidur dalam keadaan meracau. Hati Aleesa bimbang melihat keadaan Zara. Keesokannya Aleesa membawa Zara pergi berjumpa doktor. Ketika keluar dari bilik doktor, Zhariff segera mendapatkan Zara, risau mendengar berita bila anaknya dibawa ke klinik. Aleesa enggan lama-lama bersama Zhariff, dia memberikan isyarat agar Zara balik segera.

Di rumah, Zhariff meminta maaf kepada Aleesa atas apa yang berlaku. Aleesa belum bersedia menerima Zhariff dan meminta Zhariff agar memberikannya masa. Zhariff akur dan menghormati keputusan Aleesa.

Zhariff menerima tawaran Datuk Rahim untuk memulakan pekerjaan di tempat baru. Zhariff memutuskan untuk menjual rumah agamnya selepas begitu banyak kenagan pahit tercipta di sana. Ketika ingin menutup pagar rumah, datang sebuah kereta. Zara berlari-lari keluar pergi mendapatkan ayahnya. Zhariff memeluk erat Zara. Aleesa tampil muncul, lalu segera menuju ke arah Zhariff. Keluarga mereka bersatu semula. Zara bahagia melihat ibu dan ayahnya bersatu kembali. Tamat! Astana Cinta Aleesa episod akhir ni telah disiarkan pada 8 Oktober 2014 di TV9.

Pelakon yang telah menjayakan episod akhir Astana Cinta Aleesa

Emma Maembong - Aleesa
Nazim Othman - Zhariff
Amylia Rosli – Zaleha
Bill Azali – Jimmy
Ku Faridah – Hajah Timah
Aleeza Shadan – Hajah Zainab
Mustapha Kamal – Datuk Rahim
Puteri Balqis – Zara
Falisha Crossley – Alia
Ezzrin Loy – Azmeer
Qazem Nor – Suffiyan
Abang Rafi – Sulaiman
Laila Nasir – Kamariah

Gambar Astana Cinta Aleesa Episod Akhir

Astana Cinta Aleesa Episod Akhir, Episod Akhir Drama TV9 Astana Cinta Aleesa, sinopsis Astana Cinta Aleesa Episod Akhir, Ending Astana Cinta Aleesa, review episod terakhir Astana Cinta Aleesa, gambar Astana Cinta Aleesa, pelakon Astana Cinta Aleesa, last episode Astana Cinta Aleesa, drama terbaru menggantikan Astana Cinta Aleesa - Setitis Kasih Darmia

Astana Cinta Aleesa Episod Akhir, Episod Akhir Drama TV9 Astana Cinta Aleesa, sinopsis Astana Cinta Aleesa Episod Akhir, Ending Astana Cinta Aleesa, review episod terakhir Astana Cinta Aleesa, gambar Astana Cinta Aleesa, pelakon Astana Cinta Aleesa, last episode Astana Cinta Aleesa, drama terbaru menggantikan Astana Cinta Aleesa - Setitis Kasih Darmia


Gambar Setitis Kasih Darmia

drama terbaru menggantikan Astana Cinta Aleesa - Setitis Kasih Darmia, gambar Setitis Kasih Darmia, pelakon Setitis Kasih Darmia, Setitis Kasih Darmia drama tv9
Drama terbaru menggantikan Astana Cinta Aleesa - Setitis Kasih Darmia


Ending Astana Cinta Aleesa

Tamat dah drama Astana Cinta Aleesa. Happy ending! Zhariff dan Aleesa bersatu kembali. Zara bahagia bersama keluarganya. Jimmy dipenjara. Zaleha terima pembalasan akibat perbuatannya. Mak Zaleha juga menyesal, selepas sering membuat fitnah mengenai keluarga Aleesa. Nenek Zhariff bertambah menyayangi Aleesa. 

Tu la kan, kalau kita buat jahat di dunia, dengan segera kita jugak dapat hukumannya. Lebih menggerunkan memikirkan nasib kita di alam akhirat nanti. So, fikir baik buruk tindakan kita, menerusi drama Astana Cinta Aleesa banyak pengajaran yang kita perolehi. Drama Astana Cinta Aleesa dah sampai ke penghujung. Korang dah tengok Astana Cinta Aleesa bagi episod akhir ni? Apa komen u olls semua? Best tak? Saksikan drama terbaru yang bakal menggantikan Astana Cinta Aleesa iaitu Setitis Kasih Darmia minggu depan.

Tarikh episod akhir disiarkan: 8 Oktober 2014
Hari: Rabu
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9


5 comments

wahh teruja pulak baca sinopsis nie..

Layan jgk cerita ni sekali sekala...

Dah episode last ya...hmmm. Belum tengok Dah habis..he..he

haritu sempat tengok 2 3 episod. jahat betul kawan dia tu


EmoticonEmoticon