Singkapkan Doa Kami – Riz

Sempena mengenang tragedi MH370 sebuah lagu telah dicipta. Berjudulkan Singkapkan Doa Kami. Lagu ini dicipta oleh LY dan Baiduri. Mesej lagu ini adalah untuk meluahkan simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan tersayang.

Singkapkan Doa Kami – Riz

Lagu: Singkapkan Doa Kami
Penyanyi: Riz
Klik sini untuk melihat di Youtube


Lirik Lagu Singkapkan Doa Kami
Penyanyi: Riz

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa
Kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi
Menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah aku merinduimu
Bergemerlap langit ke tujuh

Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulanganmu
Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selama-lamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa
Kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi
Singkapkan ia dari misteri

Lirik  / Komposer: LY /Baiduri

Sumber: Dinet FM

15 comments

semoga mrka kembali dgn selamat..

Huhuhu...masih berharap akan ada keajaiban yg berlaku.
Apa pun, sentiasa doa dipermudahkan pasukan SAR utk mencari MH370..

Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka... aamiin..

best lirik dia.. sedih plak... MH370 mmg jadi bualan sana sini sampai sekrg.. walaupun dah disahkan berakhir di lautan hindi tp selagi x jumpa MH370 tu rasa mcm sebuah kehilangan yg sgt perit.. huhu

semoga allah permudahkan

Assalamualaikum.. nak dengar lah. thanks share youtube sini~~~

Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka..

Best lirik lagu tok :)

Assalamualaikum dik Yumida...serikata lagu yang mendalam maksudnya...semoga dipermudahkan segalannya...


EmoticonEmoticon