Sekali lagi Malaysia diuji. Pesawat MAS MH17 disahkan terhempas di negara
Ukraine. Punca pesawat MH17 terhempas dikaitkan dengan kumpulan pemberontak
antara Ukraine dan Rusia, yang mensasarkan misil dilancarkan di udara Ukraine. Yang
ketika itu, pesawat MAS MH17 sedang melalui laluan udara tersebut.




Home
Posts filed under MH370
Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts
Bluefin-21 alat mencari pesawat MH370 di dasar laut
Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH370 masih
berterusan. Pujian untuk pihak atasan yang tidak pernah berputus asa dalam mencari
pesawat MH370 yang hilang semenjak 8 Mac 2014 yang lalu. Walaupun sebelum ni,
penerimaan 2 isyarat dari dasar laut yang dikaitkan kemungkinan dari kotak
hitam milik MH370. Namun, harapan tersebut terkubur apabila hari seterusnya tiada
lagi menerima isyarat. Alhamdulillah, kini ada lagi teknologi untuk membantu
pencarian MH370 yang dikhaskan beroperasi di dasar laut iaitu Bluefin-21.
Malaysia Airlines (MAS) syarikat penerbangan terbaik!
Teringat aku suatu ketika dahulu, ketika menyambung pelajaran
di UMS, Sabah. Jarak yang jauh antara Kuching dan Kota Kinabalu, hanya dengan
kapal terbang sahaja dapat menghubungkan aku ke sana. Ketika itu, aku hanyalah
bergelar student. Dengan menggunakan kad pelajar dapat la harga rendah untuk
membeli tiket penerbangan. Guess what? Zaman aku belajar dulu tak pernah pakai
penerbangan lain. Hanya dengan Malaysia Airlines (MAS) sahaja. Komen mengenai
perkhidmatan yang diberikan oleh Malaysia Airlines (MAS), tidak penah
mengecewakan! Sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Pernah sekali aku
tertinggal flight, gara-gara lambat sampai ke airport. Salah aku sendiri,
huahuahua..padan muka! Then, keesokkan paginya jam 3.30 pagi aku dah berada
awal di airport. Pasal…aku pakai tiket standby. Alhamdulillah..dapat la jugak
aku masuk ke perut belon (perut kapal terbang MAS).
Pelan D-Day oleh Malaysia Airlines (MAS)
D-Day merupakan pelan perancangan
oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk menerbangkan keluarga penumpang MH370 dari
China ke Australia. Pelan D-Day ini
akan dilaksanakan apabila memperoleh bukti kukuh akan penemuan pesawat MH370. Memandangkan,
teori dan pencarian menunjukkan berkemungkinan pesawat MH370 berakhir di Lautan
Hindi. Yang mana berhampiran dengan negara Australia. Projek D-Day ini juga menyediakan kelengkapan
buat keluarga penumpang MH370 yang bakal menginap di Australia. Antaranya
pengurusan hotel, makanan, perubatan dan sebagainya. Melihat kepada situasi
ini, pihak MAS sedaya upaya membantu keluarga mangsa dari China. Status terkini
projek D-Day – masih menunggu
pengesahan dari kerajaan China dan Malaysia untuk diluluskan.
Isyarat kotak hitam kemungkinan milik MH370 hilang
Baru je rasa happy dan lega bila diumumkan penerimaan 2
isyarat kotak hitam di dasar laut. Selepas hampir sebulan pesawat MH370 hilang.
Berita mengenai isyarat tu memberi harapan buat semua orang akan penemuan kotak
hitam yang berkemungkinan milik MH370. Namun, hari ni…datang lagi berita
mendukacitakan. Isyarat tersebut telah hilang. Dalam kata lain, isyarat kotak
hitam telah padam.
Singkapkan Doa Kami – Riz
Sempena
mengenang tragedi MH370 sebuah lagu telah dicipta. Berjudulkan Singkapkan Doa Kami. Lagu ini dicipta
oleh LY dan Baiduri. Mesej lagu ini adalah untuk meluahkan simpati kepada
anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan
tersayang.
Singkapkan Doa Kami – Lagu MH370
Komposer tempatan LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie
mencipta lagu 'Singkapkan Doa Kami' bagi meluahkan simpati beliau kepada
anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan
tersayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
