Giveaway Merdeka 57 by Mawar Biru

 Giveaway Merdeka 57
KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 13/09/2014

Saya menghargai kemerdekaan dengan cara:

1. Memasang bendera di rumah dan melekat bendera di kereta sempena meraikan kedatangan Hari Kemerdekaan.
2. Menghargai usaha perwira negara yang telah berkorban demi memerdekakan negara kita Malaysia. Kisah pengorbanan mereka, sentiasa mengingatkan saya agar mempertahankan kemakmuran Malaysia.
3. Bergotong-royong dengan orang kampung untuk memasang bendera di dewan, stesen bas dan pintu gerbang kampung.
4. Menyertai program kemerdekaan yang dianjurkan penduduk kampung seperti majlis kesyukuran sambutan kemerdekaan dengan bacaan doa dan jamuan makan.
5. Saya bangun seawal 8.00 pagi untuk menonton hari kemerdekaan di kaca televisyen. Menyaksikan perbarisan dan persembahan kemerdekaan. Menyemarakkan lagi rasa cinta saya pada negara.
6. Saya juga membuat aktiviti melukis bendera Malaysia dan mewarna bersama anak-anak buah saya. Juga sedikit kuiz mudah bersama anak buah agar serba sedikit mereka mengetahui apa itu Hari Merdeka.
7. Berkongsi pendapat di laman sosial seperti di blog, Facebook dan Twitter untuk mengungkapkan rasa kesyukuran saya menjadi rakyat Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan. Tidak sekali-kali saya akan menyalahgunakan penggunaan laman sosial. Tiada komen berbaur perkauman, tiada komen mengajak rusuhan. Kerana saya begitu menyayangi Malaysia yang cukup aman damai. Moga ungkapan kesyukuran saya menyentuh hati pembaca agar turut menghargai makna kemerdekaan.
8. Menyiarkan video Youtube dan lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad di blog saya sendiri. Yang mana rangkap pertama lagu Warisan ni dijadikan sebagai tema sambutan kemerdekaan kita ke-57 tahun 2014 ni. Lirik lagu yang menyuntik semangat kemerdekaan dalam diri saya.
9. Menyertai segmen kemerdekaan anjuran rakan blogger. Sebanyak 12 segmen bertemakan merdeka telah saya ikuti. Juga peraduan online merdeka saya turut sertai seperti peraduan merdeka Rexona dan lain-lain . Malah saya juga menyahut cabaran menyertai contest besar anjuran Celcom ESCAPE iaitu menghasilkan video bertemakan kemerdekaan: Merdeka Video Contest.
10. Saya juga menjaga hubungan dan menghormati kaum lain. Ini penting bagi mewujudkan perpaduan yang harmoni. Kalau di Semenanjung, 3 kaum (Melayu, Cina dan India) hidup bersatu padu. Di tempat kelahiran saya, di Sarawak, terdapat 30 suku kaum etnik. Banyak bukan? Bayangkan jika saya tidak menghormati kaum, berlakunya rusuhan perkauman, huru-haralah Malaysia. Sebagaimana pernah terjadi sebelum ni. Peristiwa 13 Mei, tragedi hitam yang meragut banyak nyawa rakyat Malaysia akibat perkauman. Jagalah perpaduan.. Tanpa perpaduan, lenyaplah erti ‘kemerdekaan’.
11. Saya juga menghargai kemerdekaan dengan membeli produk buatan Malaysia. Sama ada barangan dapur, makanan, pakaian, segalanya ‘Made in Malaysia’. Menyokong dan membeli produk buatan negara sendiri menyumbang kepada pendapatan negara. Memperkukuhkan ekonomi.
12. Saya akan memerah segala keringat dan tenaga untuk kemajuan Malaysia. Menjadi pekerja yang produktif agar dapat memantapkan ekonomi negara. Mengorak langkah bersama-sama pemimpin dan majikan dalam memacu Malaysia ke puncak kejayaan.

Merdeka bukan hanya pada laungan sahaja. Tunjukkan usaha, membuktikan cinta kita. Pamerkan cara kita menghargai kemerdekaan. Semarakkan semangat kenegaraan dalam diri. Semai rasa kasih, rasa sayang pada Malaysia. Moga kibaran jalur gemilang sekencang cinta kita pada negara. Harapan saya agar keharmonian Malaysia berkekalan selamanya. Selamat Hari Merdeka! Malaysia tanah airku.

6 comments

tahniah kak, menang first place :D
http://therylisanurulain.blogspot.com/2014/09/senarai-pemenang-give-away-by-mawar-biru.html

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html


EmoticonEmoticon