Jerebu..Moga Segera Berakhir

sekarang cuaca agak panas. diselubungi oleh kabus jerebu. sudah beberapa hari tak hujan. ditambah lagi dgn kes kebakaran hutan di negara jiran. 

malah, di Johor..beberapa buah sekolah telah ditutup dek peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU). yg mana mencatat paras bahaya melebihi bacaan 300.

jerebu boleh menjejaskan kesihatan kita terutamanya kegatalan pada mata, sakit tekak dan juga kesukaran untuk bernafas.

bagi haiwan pula, ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan yg diselaputi oleh zarah-zarah beracun, akan menjadi mangsa keracunan makanan.

tahukah korang. Sarawak pernah mencatat sejarah jerebu paling teruk! berlaku pd tahun 1997. bacaan IPU mencecah 625!!! ketika ini aku masih bersekolah. pemandangan kabur dan kelabu walaupun hanya beberapa meter sahaja. sakit mata berleluasa. termasuklah aku sendiri pernah mengalaminya.

kesan jerebu bukan hanya pada manusia sahaja. tapi pd aktiviti luaran dan persekitaran. jerebu sememangnya mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. malah, jerebu mengganggu proses fotosíntesis. kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.

moga masalah jerebu ni segera berakhir. 


21 comments

cepat berakhir, ameen... panas aieh haha.

kita mohon kepadaNya. aamin Ya Allah.

betul tu...panas-panas cam nie..memang meresahkan cik akak..huhu

Kt Dungun hari ni baru berjerebu..

Ingatkan kat semenanjung jark jerebu. duhal kat kuching ada jwak. kecian kitak.. huhu

sakit kepala sgt bila kluar rumah.. tepaksa pakai face mask tu .. errr,rimassss -,-

Johor daruratkan..bacaan dah cecah 700...

sama2lah kita doa moga hujan turun...
kesian pada negeri2 yg terlibat

Amin..semoga cepat2 pulih seperti biasa..

area sepang pun dah teruk jugak,tengok kelabu je kapal terbang kat langit he3...bagus doa ni trm ksh sis ^^

salam kak yumida.. maaf lama x pergi blog akk..
huahuahua..
saya sangatlah sibuk dua tige hari ni..sob2..
itulah kat kelantan pon jerebu dah makin menjadi-jadi..hummm :(

sama2lah kita berdoa moga Allah turunkan hujan..aamiin

kat selayang & putrajaya pun jerebu terok dah nii...hukhuk... amin.. moga2 hujan cpt2 turun.. risau la.. ;(

tula tmpt ayu pn mkin trk..moga kita dilindungi..huhu

assalamualaikum yumida...moga dipermudahkan semuanya...;)

harap hujanlah, walupun sekejap . panas lain macam

amin, semoga2 doa utk hujan trmakbul~
da lma sgt x hujan kt selangor ni~
tekak da start rsa perit, mata pedih, ht sedih~ hee~

Memang jerebu ni menyukarkan semua org. Moga kembali ok cuaca kita :)

same2 kite doakan supaye cuaca bertambah baik.

sama2lah kita doakan y terbaik :) insyaAllah ^^

kalau dah sampai tahap keracunan makanan yang bahaya...moga cepat pulih semua neh!!!!


EmoticonEmoticon