Aku Isterinya – Slot Akasia TV3

Aku Isterinya merupakan drama terbaru Slot Akasia di TV3.  Drama Aku Isterinya akan disiarkan pada 31 Mac 2014, iaitu pada hari Isnin minggu hadapan. Pastinya drama ini juga seperti drama-drama lain yang mana diadaptasi dari sebuah novel, yang berjudul Aku bukan Mistress.

Sinopsis Aku Isterinya
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.


Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Aku Isterinya – Slot Akasia TV3, sinopsis Aku Isterinya, gambar Aku Isterinya, pelakon Aku Isterinya
Gambar Aku Isterinya

Pelakon Aku Isterinya:
Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Lisa - Shira Ayoub
Suzzane - Uqasha Senrose
Datuk - Eizlan Yusoff
Datin - Marissa Yasmin


Sumber: Kaki Novel & Facebook Aku Bukan Mistress

Saksikan drama slot Akasia Aku Isterinya
Adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
Tarikh mula ditayangkan: 31 Mac 2014
Saluran: TV3

9 comments

mesti best nie mcm critanya sblm nie

alamak....mesti x sempat nak tgk ni

mcm best jer..apapn nk tgk dlu citer nih..

This comment has been removed by the author.

Dgr pelakon utamanya ada perselisihan faham

Assalamualaikum dik Yumida...tak sabar nak nonton cerita ni...

betul lah, hari ni start...hihihi...

assalamualaikum, best ke? macam nak cuba tengok je.. tapi suami kita suka layan awani masa maghrib ni...


EmoticonEmoticon