PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK!

Blogku terbaik kerana...

PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM, sebab blog terbaik, ciri-ciri blog terbaik
Blog Yumida terbaik? Insha Allah, Yumida cuba usahakan agar blog ni menjadi terbaik di mata pembaca. Setiap hari, sentiasa ada blog ditubuhkan. Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Bersaing di kalangan rakan blogger dan menampilkan keunikan dan trademark blog sendiri, itu merupakan cabaran paling besar bagi Yumida sendiri. Apa pun, matlamat Yumida berblog adalah untuk berkongsi pandangan dan menyebarkan ilmu.  Yumida amat-amat berharap, setiap perkongsian di blog memberi manfaat buat pembaca. So..ehem-ehem, jom ketahui mengapa blog Yumida terbaik di kalangan blog terbaik yang lain.

(1) Review produk dan berkongsi testimoni bersama pembaca

Segala jenis produk yang Yumida beli dan pakai akan Yumida buat review di dalam blog. Gambar produk, fungsi produk, harga produk, lokasi membeli produk akan Yumida kongsikan sekali. Sebab apa? Sebab dengan maklumat terperinci sebegini..Insha Allah..moga-moga dapatlah menyalurkan informasi pada yang mencari. Haaa..buktinya..Yumida sentiasa mendapat pertanyaan dari Facebook, blog dan email berkenaan produk yang Yumida kongsikan dalam blog. Happy..bila artikel terpapar di halaman Google, dibaca oleh pelayar internet. Selanjutnya, memberi maklumat dan pengetahuan pada pembaca blog. Antara artikel yang sentiasa mendapat pertanyaan hangat ialah lokasi membeli pressure cooker , steamboat dan pan grill, antena tv, B’Vite produk kecantikan kulit, testimoni Harum Malam, testimoni Ephyra dan artikel yang lain. Boleh rujuk penyenaraian artikel review produk di bahagian LABEL REVIEW.

(2) Berkongsi tips travel berdasarkan pengalaman sendiri

Yumida juga gemar berkongsi tips travel melalui pengalaman sendiri. Lain orang, lain pengalamannya, lain ceritanya. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Tahun 2012, Yumida sefamily membuat perancangan melancong ke Brunei Darussalam. Mac 2014, melancong ke Bandung dan Jakarta, Indonesia. Malah dalam Malaysia juga sering jalan-jalan makan angin. Antaranya di KL, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Di negeri sendiri, Sarawak, begitu luasnya tempat menarik untuk dikunjungi. Kuching, Serian, Sibu, Mukah, Oya, Dalat, Daro, Sri Aman, Betong, Sarikei, Bintulu, Miri. Besarnya kawasan negeri Sarawak itu, sebesar keseluruhan kawasan Semenanjung Malaysia mengecualikan negeri Pahang. See, memang besar dan luas!

Kesemua tempat di atas telah Yumida kunjungi. Jauh pengembaraan, luas pengetahuan. Alhamdulillah, melalui melancong ke sana sini menambahkan rasa kesyukuran padaNya akan ciptaanNya yang terbentang luas. Mempelajari budaya orang, belajar bahasa yang berbeza, mengetahui sejarah sesuatu tempat. Lantaran itu, terhasilnya ilham akan tips melancong ke luar negara, tips melancong menggunakan kenderaan sendiri, persediaan sebelum melancong, promosi tempat menarik untuk dikunjungi, pendedahan keunikan sesuatu tempat pelancongan, cara membuat tentatif program pelancongan. Moga dengan perkongsian sebegini, dapat membantu mereka yang lain dalam membuat perancangan percutian melancong. Pembaca juga boleh membaca tips/panduan melancong menerusi LABEL TRAVEL di blog ini.

(3) Review program tv/ drama tv mengikut cara tersendiri

Ramai juga rakan blogger yang lain menerbitkan artikel drama tv. Yumida juga tak ketinggalan. Namun, apa yang membezakan artikel Yumida dengan artikel mereka. Ulasan review program tv berdasarkan pengalaman Yumida sendiri menyaksikan rancangan tersebut. Menyiarkan sinopsis drama tv, OST drama tv (lagu tema), penyenaraian barisan pelakon, snap sendiri scene gambar di kaca tv dan membuat ulasan (kritikan membina) bagi sesebuah program realiti tv.

Bukan sahaja minat menyaksikan genre drama tv seperti Sarafina, Sinetron Heart S2. Malah merangkumi program realiti tv seperti Ikon Siarawan, The Band. Artikel episod akhir sesebuah drama juga diselitkan. Untuk tatapan mereka yang terlepas menyaksikan episod akhir program tv. Antaranya Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod Akhir, Ikon Siarawan Episod Kemuncak, Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 dan banyak lagi!

Begitu banyak artikel program tv dikongsikan di dalam blog Yumida. Malah ada di antaranya diupdate setiap episod. Semuanya kerana minat. Kerana itu juga isi penulisan digarap dengan gaya tersendiri hasil tontonan program tersebut. Mencetuskan rasa tertarik pembaca lain yang turut serta berkongsi pandangan masing-masing.

(4) Berkongsi ilmu cara menjana pendapatan

Syarikat pengiklanan Nuffnang sangat terkenal di kalangan blogger. Melalui blog Yumida, didedahkan cara terperinci cara meraih keuntungan lumayan melalui syarikat pengiklanan Nuffnang. Perkongsian berdasarkan pengalaman Yumida sendiri, disertakan lampiran bukti keberhasilan dengan strategi menjana income. Setiap persoalan dilontarkan akan Yumida jawab sebaiknya, berharapan moga-moga dapat membantu mereka yang lain. Antara artikel yang pernah diterbitkan:


Pertanyaan rakan blogger: Apa kempen yang ada dalam Nuffnang. Earning tak berganjak, macam mana nak raih earning banyak dalam Nuffnang.

Pertanyaan rakan blogger: Macam mana nak dapat earning banyak macam yang Yumida dapat. Jana RM1,714.50 dalam masa 13 hari sahaja melalui kempen Blogbuster. Meminta untuk dikongsikan tips dari Yumida.

Pertanyaan rakan blogger: Sering terima tawaran dari Nuffnang untuk hasilkan video kempen Blogbuster tapi tak pernah buat sebab tak tahu macam mana nak buat video. Meminta untuk disediakan tutorial cara membuat video kempen Blogbuster.

Pertanyaan rakan blogger: Dilemma dihadapi kebanyakan blogger apabila tidak terpilih dalam tawaran kempen CPUV dari Nuffnang. Inginkan tips agar terpilih tawaran CPUV.

Pertanyaan rakan blogger: Ingin disediakan tips cara menaikkan earning kempen CPUV. Agar BE kempen CPUV, menampakkan peningkatan mendadak.

Ada lebih banyak lagi tips Nuffnang yang Yumida kongsikan bersama pembaca. Boleh refer di bahagian LABEL NUFFNANGERS. Moga apa yang dikongsikan, bermanfaat buat rakan blogger yang turut sama memasang iklan Nuffnang di blog masing-masing.

(5) Menyediakan doodle hasil kreativiti sendiri

Istimewanya mengenai blog Yumida, pembaca akan disajikan dengan idea fresh dan kreatif dari Yumida dalam penghasilan doodle. Kesemua doodle dihasilkan melalui Mic. Office Excel. Yang mana, perisian Excel ni ada dalam semua komputer. Ada yang tertarik sampai nak tempah doodle. Terharu.. Tak sangka ada jugak pembaca yang minat doodle hasil seni jari Yumida. Doodle ni bukan sahaja untuk memeriahkan ruangan artikel, malah menyampaikan sesuatu mesej, contoh artikel: Ramadhan 2014tahun baru 2014, ucapan hari jadi, Hari Pekerja, ucapan hari lahir–pic gif, dan sebagainya. Malah kehadiran doodle digunakan untuk menerangkan sesuatu situasi seperti: perletakan nilai setem pengeposan surat, tips bercinta. Penggunaan doodle dalam entry juga untuk gambaran kisah lucu seperti artikel mesin basuh pakai koyok?, tahi cicak, kentut kucing berbau busukHeader blog ini juga direka cipta, tanda mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan. Kehadiran pengunjung ke blog Yumida pasti tak akan disia-siakan, dengan santapan doodle unik, doodle bermesej, kelakar dan mengandungi lawak sengal.

(6) Berkongsi resepi masakan dan resepi kek

Memandangkan Yumida seorang isteri, Yumida gemar memasak. Hasil air tangan sendiri, Yumida upload gambar ke blog dan berkongsi resepi masakan buat pembaca. Malah, Yumida juga menyediakan resepi memasak paling mudah! Yang kurang arif di dapur, jangan risau. Rahsianya ada dikongsikan dalam artikel blog ni. Seperti artikel NI.

Resepi kek turut dikongsi bersama. Jangan terkejut u olls, ada 4 resepi kek hasil air tangan husband Yumida. See, siapa kata orang lelaki tak pandai buat kek? Katanya, Raya tahun ni dia nak buat 3 biji kek. Semangat u olls. Yumida berharap dengan penerbitan resepi ciptaan husband Yumida, memberi insiprasi pada jejaka dan yang berstatus suami di luar sana. Part di luar jangkaan, perkongsian resepi kek di blog ini mendapat trafik meletup-letup! Seperti artikel: kek lapis Sabok Tun Razak, kek lapis Cadbury Pandan, kek lapis Nirwana, kek lapis Horlick. Dapatkan resepi ekslusif melalui LABEL RESEPI blog ini.

(7) Berkongsi pandangan umum isu semasa

Yumida juga gemar mengupas tajuk yang terpampang di dada akhbar. Mengulas mengenai topik tersebut. Mengaitkan berita dengan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup Yumida. Antara isu yang pernah Yumida utarakan: MH370, virus MERS, fenomena el-nino, jerebu, strok haba, musim banjir dan banyak lagi.

Yumida turut tampilkan artikel tawaran kerajaan seperti BR1M 3.0|BR1M 2014, SARA 1 Malaysia, Program SUPERB, skim MyHome. Matlamat Yumida agar informasi sebegini disebarkan menyeluruh, agar semua orang berpeluang menikmati tawaran yang diberikan.


(8) Topik pilihan pembaca

Berdiskusi bersama pembaca mengenai pandangan masing-masing. Topik dipilih berkisarkan umum. Melalui forum sebegini, Yumida dapat mengetahui apa pilihan pembaca, bagaimana respon mereka. Topik forum hanya berbicara mengenai pilihan minat masing-masing. Seperti artikel yang pernah diterbitkan sebelum ni: laman sosial blog|facebook|twitter|instagram|youtube, rancangan tv kegemaran anda, dilemma jajahan tempat tidur. Masing-masing punya pendapat, buah fikiran dilontarkan. Menariknya, artikel sebegini menerima timbunan komen dalam masa singkat!

(9) Blog mesra pembaca

Yumida juga menitikberatkan elemen loading blog. Mengetahui akan jumlah masa diambil untuk meloading. Setakat ini, Yumida telah menyemak masa loading iaitu pada kiraan 3 saat. Masih dalam skala normal. Pentingnya kita perlu tahu tempoh loading blog kita kerana kita tidak mahu membebankan pembaca blog kita dengan menunggu paparan blog yang lama. Pada masa yang sama, kita tidak mahu kehilangan pembaca blog kita gara-gara loading blog yang tiada kesudahan. Seterusnya memberi kesan negatif pada bounce rate blog yang tinggi. Yumida juga memilih template blog yang ringkas, penggunaan widget yang penting sahaja dan juga menggunakan kosa kata yang mudah difahami pembaca. Blog ni juga telah disetting mobile untuk mudah di akses menggunakan smartphone. Ye la zaman makin canggih, tak adanya nak bergantung pada komputer je. Online menerusi hujung jari. Kat tablet, kat ipad, kat smartphone. Blog mesra pembaca, blog disukai oleh semua pelayar internet.

Ditubuhkan pada Februari 2009, sehingga kini blog Yumida telah menerbitkan sebanyak 3383 buah artikel. Purata trafik sehari mencecah 1 ribu unique visitors setiap hari. Alhamdulillah, rakan newbie, rakan lama, rakan bloglist dan pembaca setia blog ni merupakan kekuatan blog Yumida dalam menerbitkan artikel setiap hari. Tanpa mereka, sunyi sepilah blog ini. Kemeriahan mereka di kotak komen, menyuarakan pendapat, menyuntik semangat blogging dalam diri Yumida. Terima kasih rakan blogger. Kehadiran anda semua amat dihargai. Love u olls!

13 comments


EmoticonEmoticon