Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”
(Riwayat at-Tirmidzi)

Umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan digalakkan memperbanyakkan amalan bersedekah. Ini kerana amalan bersedekah merupakan perbuatan yang mulia. Jika hati ikhlas bersedekah tanpa ada niat menunjuk-nunjuk ketika bersedekah, Insha Allah besar ganjarannya di hari akhirat kelak.

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa, ikhlas sedekah, hadis sedekah, cara sedekah, jenis sedekah, Ramadhan 2014, ucapan Ramadhan, kata-kata Ramadhan, hadis Ramadhan, hadis puasa, Ramadhan Al-Mubarak, ucapan puasa, Ramadan 1435H

Ada banyak cara melalui bersedekah. Boleh jadi sedekah itu dalam bentuk wang ringgit, bantuan perkhidmatan seperti sumbangan tenaga fizikal, memberi dalam bentuk barang, malah apa jua sekali pun. Yang penting ianya ikhlas. Kalau tak ikhlas, asyik mengharapkan balasan, ataupun bersedekah atas tujuan kepentingan sesuatu, sia-sialah amalan sedekah kita.

Bersedekah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Malah ianya bagus untuk diamalkan setiap hari. Bersedekahlah ikut kemampuan diri. Lapangkan dada suka memberi, ikhlas kerana Allah Taala.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Doa Puasa:

Ramadhan Kareem:

28 comments

salam ramadhan hehehe semoga ramadhan pada tahun ini lebih bermakna <3

ikhlas la dlm setiap pemberian.. :)

Salam Ramdhan Yumida..Jom sama-sama kita mengambil berkat Ramadhan...

Yup. Sama²lah kita mengambil peluang dalam keberkatan ramadhan kali ini. InshaAllah ;)

semoga Ramadhan kali Ini Berjalan Sempurna Buat Yumida Sekeluarga ..

sama-2 kita bnyakkan brsedekah di bln ramadhan ni..:)

Sedekah untuk anak2 yatim pada bulan Ramadhan adalah yang paling baik ...Moga2 anak2 yatim dapat menikmati bulan puasa dgn penuh kesyukuran dan kenikmatan InsyaAllah

selamat berpuasa ^_^ semasa terawih pun bleh sedekah hehehe tabung kat hujung kepala >_<

bersedekah sentiasa
insyaallah rezeki berganda :)

insyaAllah...

sedekah byk ganjarannya kan..

assalam kak yumida lamanya xsinggah hehe
salam ramadan

inshaAllah..semoga kita mendapat keberkatan Ramadhan bulan yang mulia ini. Amin

Bersedekah melapangkan dada,ketenangan dan bahagia..

salam ramashan kak yumida..
sedekah lah walaupun nilainya tak seberapa..:)

bersedekah tu amalan yang mulia..

semoga sedekah kita diterima.....

Sedekahlah walaupun sedikit kan... janji ikhlas & diberkati..

Bersedekahlah xkira di bulan Ramadhan atau bulan2 yg lain.. apapn byk kan bsedekah di bulan Ramadhan krn tdapat keberkatannya di dalam bulan Ramadhan..

banyak yang boleh kita dapat manfaatkan di bulan ramadhan ini ;)

Salam perkenalan. Sama-samalah kita bersedekah dibulan yang mulia ini.


EmoticonEmoticon