Manis – Drama Astro Ria & Maya HD

Sinopsis Manis

Drama Manis mengisahkan seorang akauntan bernama Anis (Siti Saleha), menguruskan kedai kek dan pastri yang diberi nama Kafe Manis. Pada awalnya, Anis hanya menguruskan bahagian kewangan, namun pemilik asal Kafe Manis iaitu Datuk Idris (Haeriyanto Hassan) membuat keputusan untuk menutup Kafe tersebut. Ini kerana Kafe Manis tidak dapat mengautkan keuntungan, malah hanya mengakibatkan kerugian.

Sinopsis drama Manis, Kafe Manis, kedai kek dan pastry Kafe Manis, resepi kek drama Manis, cara membuat cupcake, resepi cupcake, Download OST Manis – Dan Bila, Pelakon drama Manis, Siti Saleha – Anis, Sasqia Dahuri – Seri, Nabil Abdul – Sony, Akmal Ahmad – Junad, drama Manis tayangan drama Astro Ria dan Maya HD
Kafe Manis dalam tayangan drama Manis

Tindakan Datuk Idris disokong oleh anak perempuannya iaitu Inessa (Chacaha Maembong). Ramai yang menyalahkan Anis kerana Anis ditugaskan di bahagian kewangan. Anis membela diri dan merayu pada Datuk Idris agar perniagaan Kafe Manis diteruskan. Anis berjanji pada Datuk Idris bahawa dirinya akan menyelamatkan Kafe Manis situ.

Rentetan itu, Datuk Idris bersetuju, dengan memberikan syarat kepada Anis. Anis harus memberi keuntungan lumayan 3 kali ganda dalam masa 2 bulan. Keberanian Anis menabur janji memberi kejutan buat pekerja Kafe Manis. Dengan itu, Anis ditukar jawatan daripada akauntan ke pengurus Kafe Manis. Bermula hari itu, Anis berusaha membangunkan Kafe Pastri Manis bersama menu baharu setiap minggu.

Anis menggalas tanggungjawab yang besar dalam menyelamatkan kedai kek tersebut daripada ditutup. Tugas Anis di Kafe Manis begitu mencabar. Ada sahaja cabaran yang perlu ditempuhi Anis setiap hari. Sikap acuh tak acuh pekerjanya sering menguji kekentalan Anis. Seri (Sasqia Dahuri), Sony (Nabil Abdul) dan Junad (Akmal Ahmad) merupakan pekerja di Kafe Manis.

Dalam sibuk membuat perancangan menyelamatkan Kafe Manis, Anis menerima berita mengejutkan. Ketua di bahagian dapur Kafe Manis iaitu Chef Mizan (Chef Andri) telah berhenti kerja. Bertambah rumitlah perancangan Anis. Anis kelam kabut dalam memastikan tempahan pelanggan berjaya disiapkan. Sikap positif Anis membuatkan dirinya mudah menyesuaikan diri dengan masalah yang datang melanda.

Sejauh manakah kesabaran Anis mempertahankan kedai kek tersebut? Berjayakah Anis memperolehi keuntungan 3 kali ganda hanya dalam 2 bulan sahaja? Bagaimana pula dengan Inessa? Anak kepada majikan mereka. Jom saksikan drama Manis di kaca tv anda. Part menyeronokkan, di hujung drama Manis ni, diselitkan dengan resepi membuat cupcake. Nampak menyelerakan!

Gambar Drama Manis

 Sinopsis drama Manis, Kafe Manis, kedai kek dan pastry Kafe Manis, resepi kek drama Manis, cara membuat cupcake, resepi cupcake, Download OST Manis – Dan Bila, Pelakon drama Manis, Siti Saleha – Anis, Sasqia Dahuri – Seri, Nabil Abdul – Sony, Akmal Ahmad – Junad, drama Manis tayangan drama Astro Ria dan Maya HD

Pelakon Utama Manis

Siti Saleha – Anis
Sasqia Dahuri – Seri
Nabil Abdul – Sony
Akmal Ahmad - Junad

Pelakon Pembantu Manis

Redha Fear Factor – Azhar
Chacha Maembong – Inessa
Haeriyanto Hassan – Datuk Idris
Chef Andri – Chef Mizan
Aizat Ishak – Mizan

OST Manis

Original Sount Track Manis
Lagu: Dan Bila
Penyanyi: Tysha Tyar

Saksikan drama Astro Ria Manis
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam – 9.30 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135

15 comments

sweet drama ni..as sweet as its name :D

Suka la kisah pasal bisnes2 gini :))

Tak sempat nak tengok..Iklan dia macam menarik jer.. :)

mcm best ja drama ni, klau ada online bleh la try tngok..;)

tak sempat tengok ler citer nie.....

sape tahu camne nak dapatkan resepi kek yang disiarkan pada akhir rancangan drama ni..

oh yg tu sy x tahu pulak. biasa sy tgk direct dri tv


EmoticonEmoticon