Sinopsis Menantu Sepuluh Ribu

Sinopsis drama Menantu Sepuluh Ribu

Drama Menantu Sepuluh Ribu memaparkan kisah Ikhwan (Fizz Fairuz) bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan milik keluarganya. Ikhwan mempunyai pakej lengkap yang mana menjadi dambaan para wanita. Wajahnya kacak, kaya, bergaya, berjawatan tinggi di syarikat milik ayahnya.   

Mona (Salwa Md Razak) melaksanakan berbagai strategi untuk membuatkan Ikhwan jatuh hati padanya. Mona berhasrat untuk menjadikan Ikhwan sebagai suaminya.

Ikhwan berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya. Dia telah berbincang dengan ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), untuk membeli sebidang tanah di kawasan perkampungan untuk mendirikan kilang. Ikhwan segera bergerak ke kampung untuk membeli tanah di situ.

Haji Yaakob (Zack Taipan) merupakan bekas pemandu keluarga Ikhwan. Haji Yaakob memperkenalkan pemilik tanah iaitu Alang (Zulkifli Mohd Salleh) kepada Ikhwan. Keputusan membeli sebidang tanah telah dipersetujui kedua-dua pihak. Semasa Ikhwan hendak berjumpa Alang, dia terserempak dengan anak perempuan Alang. Buat pertama kalinya, Ikhwan jatuh hati pada gadis bernama Umairah (Reen Rahim).

Selepas mencapai kata persetujuan membeli tanah. Ikhwan kini fokus untuk membangunkan tapak tanah tersebut. Ikhwan membuat keputusan untuk berada di kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Bermula saat itu, Ikhwan berkawan baik terhadap Umairah. Umairah sering membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Hubungan Ikhwan dan Umairah sangat rapat. Tanpa sedar, timbul bibit cinta antara mereka.

Melihat Ikhwan jarang berada di Bandar. Timbul syak wasangka di hati Mona. Lantas Mona membuat keputusan untuk menyiasat mengapa Ikhwan suka menghabiskan masa di kampung. Setibanya di kampung, Mona menyaksikan Ikhwan sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Perasaan marah di hati Mona membuak-buak. Baginya, Ikhwan hanya miliknya seorang. Mona cemburu tidak bertempat. Padahal selama ini, Ikhwan tidak pernah memberi respon terhadap perasaannya. Bermula hari itu, Mona merancang untuk memisahkan hubungan mereka.

Suatu hari, Ikhwan menyatakan hasratnya ingin memperisterikan Umairah. Menerima beritu itu membuatkan seluruh keluarga Ikhwan terkejut. Mana tak nya, selama ini mereka tidak pernah melihat Ikhwan bercinta dengan mana-mana gadis. Adakah hasrat Ikhwan akan tercapai? Akan bersatukah Ikhwan dengan Umairah? Bagaimana dengan Mona? Yang selama ini yakin Ihkwan akan menjadi suaminya selama ini. Adakah keluarga Ikhwan akan menerima kehadiran Umairah seadanya? Saksikan drama TV3 Menantu Sepuluh Ribu untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Saksikan drama Menantu Sepuluh Ribu di TV3: Sinopsis Menantu Sepuluh Ribu Pelakon Menantu Sepuluh Ribu OST Menantu Sepuluh Ribu | Lagu Tema Menantu Sepuluh Ribu Gambar Menantu Sepuluh Ribu
Saksikan drama slot Azalea Menantu Sepuluh Ribu
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 4.00 petang hingga 5.00 petang
Saluran: TV3

14 comments

bagi sesiapa yang ada kesempatan blh la menonton..

selamat melayan drama yang menarik nih..

Sempat jugak layan citer ni ..Ok la

Dah gk berkali jugak dahhh ..tak tahu plak berapa episod

Tak berpeluang nak tgk cite ni sngt klau en.suami dh ngdap tv.. Hehe

Tak berpeluang nak tgk cite ni sngt klau en.suami dh ngdap tv.. Hehe


EmoticonEmoticon