Kelebihan bersahur di bulan Ramadhan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Tempoh waktu sahur

Waktu sahur bermula tengah malam hingga terbit fajar. Kita digalakkan untuk melambatkan waktu sahur iaitu kira-kira 10 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Alasan apabila ramai yang tidak mahu angkat sahur

Mengantuk, letih dan kekurangan masa tidur   

Kelebihan bersahur di bulan Ramadhan, tempoh waktu sahur, hadis sahur, kelebihan bersahur, manfaat sahur, kebaikan sahur, sebab perlu bersahur, cara bersahur, Ramadhan 2014, ucapan Ramadhan, kata-kata Ramadhan, hadis Ramadhan, hadis puasa, Ramadhan Al-Mubarak, ucapan puasa, Ramadan 1435H

Kelebihan bersahur

1. Melalui bersahur, ia membekalkan tenaga buat kita sepanjang kita menjalani ibadat puasa pada waktu siang.
2. Sahur adalah amalan sunat yang berkat. Orang yang bersahur, Insha Allah akan mendapat ganjaran pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
3. Bagi membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin. Penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. Kerana itu juga umat Islam digalakkan untuk bangun sahur.
4. Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Panjatkanlah doa padaNya, moga-moga di bulan Ramadhan yang berkah ni, doa kita akan dimakbulkan olehNya.

Cara bersahur yang betul

Bersahur dengan pengambilan makanan dalam kuantiti secukupnya. Tidak digalakkan mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan. Ini kerana pengambilan makanan yang terlalu sedikit atau pengambilan makanan berlebihan ketika sahur, boleh menjejaskan kesihatan. Bersahurlah dengan kadar sederhana.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Doa Puasa:

Ramadhan Kareem:

20 comments

insyallah...dah tak sabar nak bersahur dan berpuasa nie ..selamat berpuasa yumida

slamat brpuasa yumida, comel la header tu..:)

emm, sgt elok lelambat2 kan waktu bersahur tapi ramai yg susah nk bgn..

selamat menjalani ibadah puasa Yumida.. Marhaban Ya Ramadhan Kareem..

http://pemudattbc.blogspot.com/2014/06/ramadhan-kareem-selamat-menjalani.html

rindunya dgn suasana bersahur dgn family...

Jangan lupa sahur pagi nanti ;)

Sahur itu sunnah ..janagn lupa bersahur ..

Semoga puasa kita hari ini mendapat keberkatan ..

banyak kelebihan bersahur

Jngn melepaskan sahur... rugi nanti.. :)

Rugi bagi sesiapa yg tidak bsahur..byk keberkatan yg ada di dlmnya..jom bsahur bg yg tidak suka bersahur..

Janagn lupa sahur nanti tau ..sahur itu sunnah

kadang2 bila sahur banayk yg baca doa makan lps tu mkn.. tak banyak yang berniat puasa dulu sebelum mula menjamah makanan semasa sahur ..


EmoticonEmoticon