Showing posts with label Nuffnangers. Show all posts
Showing posts with label Nuffnangers. Show all posts

CPUV Pertama Nuffnang Disember 2016

Akhirnya kau muncul juga. Rasa dapat sebijik emas. Rasa dapat menikmati cendol di saat panas matahari terik. Cewah! Haruslah happy. Even dapat seketul kempen, sangat-sangat bersyukur. #SyukurSelalu tau. Blackmores Australian Open merupakan kempen CPUV pertama Nuffnang bulan Disember ni.

Cashout Earning Nuffnang RM1,239.56

Alhamdulillah, rezeki lagi. Duit dah masuk bank bulan November ni. Selepas sebulan lebih menunggu ketibaan cheque Nuffnang. 30 September 2016, tarikh aku cashout hasil pendapatan beriklan bersama Nuffnang berjumlah RM1,239.56. Yey.. Baru update sekarang, selepas duit dimasukkan ke dalam akaun bulan November ni. Tambah duit tabung!

Dah Tak Tahan Lagi.. Geram Dibuatnya!

Sebenarnyaaaa…sebenarnya mak tak sabar dah ni! Kesabaran mak dah capai takat maksimum! Meluap-luap! Mendidih jiwa ni! Menggigil jari ni sebab dah tak  dapat nak menahan lagi.. Baiklah! Mak putuskan! Biarlah mak bagitau kat semua orang tentang engko!

Cashout Earning Nuffnang RM1,106.81

31 Mei 2016, tarikh aku cashout hasil pendapatan beriklan bersama Nuffnang. Alhamdulillah, syukur.. Kumpul3x, akhirnya menjadi bukit. Dengan terujanya, jejari tangan aku menggatal klik cashout earning Nuffnang. Yey..kini dalam urusan diproses. Mudah-mudahan cheque selamat sampai ke alamat aku tanpa sebarang masalah.

Menunggu Durian Runtuh! ‘CPUV Berganda Nuffnang’

Lately, amat sedikit pemberian kempen CPUV dari Nuffnang. Dalam minggu ni, ada dapat 2 kempen CPUV tapi dapat satu dan dua gandaan je. Sebelum ni, masa Nuffnang tengah baik hati selalu dapat 3 gandaan untuk kempen yang sama. Mmm bestnya kalau dapat triple kempen yang sama. Beranak pinak earning. Seronok tengok. Even amount sikit-sikit. Tapi boleh la, bila dikumpul sekaligus jadi banyak jugak.

Akhirnya… Baru Nampak Iklan Nuffnang Bergentayangan Di Blog

Sebelum ni, aku ada bebel pasal ADA NAMPAK IKLAN NUFFNANG KELUAR??? Puncanya sebab aku hanya tengok logo Nuffnang bulat biru tu dengan promoted content je kat ruang banner Nuffnang di blog. Tak nampak pun kempen iklan Nuffnang. Itu berdasarkan pemerhatian aku selama 2 bulan lebih ni, start Januari lepas.

CPUV Nuffnang Makin Meriah Nampak! Pewit..

Haruslah jari nak check, ada dapat CPUV tak hari ni. Kalau ada happy berganda-ganda!!! Bikin semangat nak berblogging, kalau tak ada, apakan daya..belum ada rezeki lagi. Tapiiiiiii…dah terbukti memang ada la!! Korang dah check, hmmm senyum senget dah tu, confirm la ada!