Minyak Diesel & RON95 Naik 20 sen


Hangat lagi sensasi! Harga minyak naik lagi..

Harga minyak diesel dan RON95 naik 20 sen bermula tengah malam ini. Ini bermakna RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Bila minyak dah naik, berapakah subsidi yang masih tinggal?

Walaupun harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen, namun baki subsidi masih tetap diberikan. Subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan ialah 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Kenaikan harga minyak pastinya menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah. Adakah korang sama seperti yang aku fikirkan? Ini jawapannya..

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Ooo..begitu. Lagi? Bila harga minyak dah tinggi, adakah ia akan mengundang inflasi???

Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.

Haaa...harga minyak dah naik. Pastinya akan memberi kesan dengan kenaikan harga barang dalam jangka masa panjang. Sebabnya ia berkait rapat dengan kos pengangkutan..kos minyak. Especially kat kampung tu, terasa macam bershopping kat Parkson pulak. Hehe.. Iye..mahal bebeno harga barang tu. Katanye..harga minyak dah naik, harga barang pun naik la. Duhai peniaga, peruncit..jangan naik tinggi sangat harga barang-barang tu ye. Huhuhu...nanti sukar nak kira tanpa kalkulator (eh tetibe...hohoho)

Apa yang penting dalam perbelanjaan kita, rancanglah kewangan kita secara bijak. Amalkan sikap berjimat-cermat. Lagi sekali...BERJIMAT-CERMAT :)

Menangi hadiah ankle bracelet & wallet dengan mudah

15 comments

Doa yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Kan kos hidup dah meningkat.

hehe . .
Ikut gaya Jepun laa
Kereta : Runs on money and makes you fat
Basikal : Runs on fat and saves you money
Tapi ada ke org nak naek basikal ? hehehe

ikut saja lah.. ada la tu perancangannya kan..

kalau harga minyak masak naik..compen cik akak yang dulu beli...hihi...

tak tahu nak kata apa..marah2 pun bukan kita boleh buat apa..huhuhuh

bg gologan hartawan mmg xde pape bg mereka..bg kita ni..snyum jelh, xplu kata apa2 =) jnji dicapati + kuah banjir..keh3..

Aku kecewa dgn kenaikan ini..golongan berpendapatan rendah mcm kita yg akan teruk nanti..hmm..

hurm.. redha je la ... mrh2 pun buat sakit hati sendiri je kan..hihihi.. xpe.. br1m hado.. hahahhaa.. ;p

sabar jela..tukar..naik basikal gi keje..muahaha..kurus la den..

Assalamualaikum yanggg, malam tadi penuh kereta sampai jemm dekat stesen minyak. kesiannya. yang miskin tambah miskin :(

Pemberian BR1M hanya terhad kepada rakyat berpendapatan bawah RM3000, sedangkan yang guna kerea semua peringkat lapisan masyrakat. Anyway, bak kata depa depa depa suma....

"syukurlaaaaaaa" hehe.

ssh nk komen benda cm nie..sbb kita dah duk kat Malaysia nie..terima je la.. xkn nk boikot minyak.. huhu..

nak buek macam mane terpakse isi jugak minyak walaupon dah naik harga...huhuuu

pasni kembali merempit, kereta balut dengan kelambu je. hihi


EmoticonEmoticon