Hangat lagi
sensasi! Harga minyak naik lagi..
Harga minyak diesel dan RON95 naik
20 sen bermula tengah malam ini. Ini bermakna RON95 akan berharga
RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
Bila minyak dah
naik, berapakah subsidi yang masih tinggal?
Walaupun harga
minyak dinaikkan sebanyak 20 sen, namun baki subsidi masih tetap diberikan. Subsidi minyak
yang diberikan oleh kerajaan ialah 63
sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Kenaikan harga
minyak pastinya menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah. Adakah korang sama seperti yang aku fikirkan? Ini jawapannya..
Bagi mengurangkan
bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan
rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan
akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan
diumumkan dalam ucapan bajet.
Ooo..begitu. Lagi? Bila harga minyak
dah tinggi, adakah ia akan mengundang inflasi???
Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api
tersebut.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata
inflasi pada masa ini masih rendah
dan dijangkakan kesan itu tidak akan
memudaratkan rakyat.
Haaa...harga minyak
dah naik. Pastinya akan memberi kesan dengan kenaikan harga barang dalam jangka
masa panjang. Sebabnya ia berkait rapat dengan kos pengangkutan..kos minyak. Especially kat kampung tu, terasa macam bershopping kat Parkson pulak. Hehe.. Iye..mahal
bebeno harga barang tu. Katanye..harga minyak dah naik, harga barang pun naik
la. Duhai peniaga, peruncit..jangan naik tinggi sangat harga barang-barang tu ye. Huhuhu...nanti sukar nak kira tanpa kalkulator (eh tetibe...hohoho)
Apa yang penting dalam perbelanjaan kita, rancanglah kewangan kita secara bijak. Amalkan sikap berjimat-cermat. Lagi sekali...BERJIMAT-CERMAT :)
Apa yang penting dalam perbelanjaan kita, rancanglah kewangan kita secara bijak. Amalkan sikap berjimat-cermat. Lagi sekali...BERJIMAT-CERMAT :)
14 comments
Doa yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Kan kos hidup dah meningkat.
hehe . .
Ikut gaya Jepun laa
Kereta : Runs on money and makes you fat
Basikal : Runs on fat and saves you money
Tapi ada ke org nak naek basikal ? hehehe
ikut saja lah.. ada la tu perancangannya kan..
tak tahu nak kata apa..marah2 pun bukan kita boleh buat apa..huhuhuh
bg gologan hartawan mmg xde pape bg mereka..bg kita ni..snyum jelh, xplu kata apa2 =) jnji dicapati + kuah banjir..keh3..
Aku kecewa dgn kenaikan ini..golongan berpendapatan rendah mcm kita yg akan teruk nanti..hmm..
hurm.. redha je la ... mrh2 pun buat sakit hati sendiri je kan..hihihi.. xpe.. br1m hado.. hahahhaa.. ;p
sabar jela..tukar..naik basikal gi keje..muahaha..kurus la den..
Assalamualaikum yanggg, malam tadi penuh kereta sampai jemm dekat stesen minyak. kesiannya. yang miskin tambah miskin :(
minyak nk kena isi juga yer x
Pemberian BR1M hanya terhad kepada rakyat berpendapatan bawah RM3000, sedangkan yang guna kerea semua peringkat lapisan masyrakat. Anyway, bak kata depa depa depa suma....
"syukurlaaaaaaa" hehe.
ssh nk komen benda cm nie..sbb kita dah duk kat Malaysia nie..terima je la.. xkn nk boikot minyak.. huhu..
nak buek macam mane terpakse isi jugak minyak walaupon dah naik harga...huhuuu
pasni kembali merempit, kereta balut dengan kelambu je. hihi
EmoticonEmoticon