Maksud Unique Visitors dan Pageviews

As salam buat rakan pembaca,

Hari ni just nak sharing meaning unique visitors dan pageviews.

Definisi unique visitors & pageviews:

Unique Visitors ialah pelawat yang datang ke blog kita dengan IP address yang berlainan.

Pageviews ialah kiraan laman yang dilihat oleh pelawat blog kita.

Contoh situasi membezakan unique visitors & pageviews:

Unique visitors dikira apabila IP address berlainan masuk ke blog kita. Contohnya, Aaron Aziz di KL, Siti Nurhaliza di Damansara, Justin Bieber di LA, Lee Minho di Seoul dan Kim Jong Kook di Jaeju. Kesemuanya sedang beronline membuka laman blog aku. So, kat sini aku dapat 5 unique visitors. Dari IP address yang berlainan.

Tapi andai mereka berlima ni menggunakan 1 komputer yang sama. Dengan IP address yang sama. Ia hanya merujuk 1 unique visitor sahaja.

Pageviews pula, pelawat yang datang ke blog kita sudah dikira menyumbang pada 1 pageview. Contohnya, ehem-ehem.. Kim Jong Kook sedang membaca artikel yang aku post hari ni. Then, klik pulak artikel yang semalam nyer. Al-maklumlah, dia jatuh cinta dengan penulisan aku. Seterusnya, baca 3 artikel lain di blog aku. Kat sini aku dah dapat 5 pageviews. Terernye Kim Jong Kook berbahasa Melayu yer.. hehehe..

Kepentingan unique visitors & pageviews:

Unique visitors ini penting untuk syarikat pengiklanan mengira kualiti blog kita. Bagi pengiklan, semakin banyak unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita, semakin tinggi kecenderungan pelawat melihat iklan-iklan yang dipaparkan oleh mereka.

Blog yang mempunyai unique visitors yang cantik, pasti akan mendapat tempat di hati pengiklan. Sebab apa? Sebab pengiklan mahu melabur di blog yang berpotensi meluaskan produk mereka seterusnya memberi pulangan yang lumayan. Boleh jadi pelawat yang datang ke blog kita berminat dengan tawaran iklan, lantas melanggan atau membeli produk pengiklan tersebut.

Contoh paling mudah, kempen CPUV Nuffnang. Pemberian earning berdasarkan unique visitors yang datang ke blog kita. Macam mana nak tingkatkan unique visitors seterusnya up kan earning CPUV? Jom terjah yang ini: Tips Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang

Malahan, untuk mendapat tawaran daripada pengiklan lain. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat paling penting, harus mencapai target unique visitors yang mereka kehendaki. That’s why la unique visitors ni sangat penting dalam sesebuah blog.

Pageviews pula, yang ni aku kurang faham sikit. So nak share jugak dengan korang semua. Sumbernya diperoleh dari SINI. Pageviews memberikan kualiti kepada blog kita kerana ia memberikan purata isi kandungan berguna kepada data engin pencari dalam meningkatkan lagi kelebihan index artikel-artikel di blog kita. Pageviews ini juga penting terutama meningkatkan pendapatan CPM iklan yang ditayangkan di blog masing-masing.

Cara semak unique visitors & pageviews:

Cara untuk mengetahui statistik unique visitors & pageviews di blog kita ialah dengan melihat di akaun Nuffnang. Mudah je. Login ke akaun Nuffnang korang→klik blog stat. Then korang akan melihat paparan terkini pelawat korang. Contohnya macam ni:
  
Maksud Unique Visitors dan Pageviews, makna Unique Visitors dan Pageviews, apa itu Unique Visitors dan Pageviews, contoh Unique Visitors dan Pageviews, kepentingan Unique Visitors dan Pageviews, cara semak Unique Visitors dan Pageviews, Unique Visitors, Pageviews, meaning Unique Visitors and Pageviews, meaning Unique Visitors, importance of unique visitors

Boleh tengok catatan unique visitors dan pageviews untuk hari ni, minggu ini, minggu lepas dan untuk catatan bulan lepas. Selamat menyemak unique visitors dan pageviews memasing. Moga bermanfaat buat rakan blogger semua :)

26 comments

Rajin dia wat entry pasal nuffnang. . Xpe saya isi tabung sini.

Mesti banyak kan. Jejari komen dan juga kaki update + join GA gitu..

biasa shark tgk per week,
dan kene pastikan jugak setiap minggu ada peningkatan,
baru ler cik nuff nk melekat.
mmg berguna rujuk bnda nie.

nuff x lekat sbb ayu xkonsisten uv kot.

suri

cahayacinta.com

alah ya ni kita dah note harap2 ilmu kita katam kat blog ini uhu..

jeles admin banyak dapat agaknya bila nak bagi kita heee..

p/s blh letak kat bahagian komen "Nama/URL" mudah saya nak komen dan datang sini huhu..

Wah, terer juak Jong Kook BM. Hehehe

salam kak..sebelum nie x ambil kisah pun pasal semua tu..sekarang dah paham sikit..heheh

Berguna ni. Ramai jugak yang tak faham tentang benda ni :)

info yang baik dengan gaya penulisan yang senang difahami..thanks yumida..

wahhh terus faham sebab contoh visitor yg yumida bagi tu menarik.. hikhik.. tp kenapa slalu cikna tgk pageviews & uv nuffnang dgn stats blogger tak sama ek?

nice sharing yumida...rajin wt entry pasal nuffnang ek

baguslah.. :) singgah dan nuffed

thanks dear yumida..kita faham sudah
nice sharing.kita isi tabung ;)

sedikit sebanyak dapat terangkan apa yg kabur..

terima kaseh yumida. :)

@Chic Naaah kan...rekod dia x sama..tu ar..yumida lebih gemar refer yg nuffnang nyer..coz complete ngan uv sekali

Thanks 4 sharing dear.. =D
isi tabung yumida..

he tq yumi...sharing is caring,
hari2 duk tengok hu..x boleh challenge yumi lagi he

Kalau tak ada akaun Nuffnang tak ada unique visitors ya?

nice info..kalau nak tengok dari blog tanpa nuffnang boleh dok?? ;)

Info yang sangat berguna untuk saya yg baru bermula nie...jemput jln ke blog saya, mardianaabdrashid.blogspot.com

MasyaAllah..info sis sangat berguna bagi saya yang baru dalam bidang blog ni..mohon share ilmu ni untuk saya aplikasikan dalam blog Kedai Online saya.. Tq so much sis..

This comment has been removed by the author.

nice sharing...
jom sertai segmen giveaway saya...

http://www.qiyasaad.blogspot.my/2015/12/gold-giveaway-1-by-qiya-saad-powered-by.html


EmoticonEmoticon