Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia -Al-Fatihah-

As salam buat rakan pembaca,

7 September 2013...Hari ini kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon veteran iaitu Maimon Mutalib. Allahyarhamah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada tahun lepas iaitu 2012. Pertama kali mendengar berita ni, memang berasa agak terkejut. Seperti yang kita selalu lihat di kaca tv pada tahun lepas, Allahyarhamah agak aktif dalam bidang lakonan. Tup-tup dikejutkan dengan khabar sebegini rupa. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.

Allahyarhamah Maimon Mutalib

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Allahyarhamah pernah membintangi filem antaranya Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.


Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarhamah Maimon Mutalib. Moga ditempatkan bersama-sama orang beriman. Aamiin.

14 comments

Nampak sihat jak sblm tok.. alfatihah.. semoga arwah ditempatkan bsama2 org beriman.. amin

lakonan dia semua best2. ermm takziah utk keluarga, innalillah :(

innalillahiwainnailaihirajuin....dari Nya kita dtg, kpd Nya kita kembali.

Al-fatihah...
Arwah memang ada sakit barahkan...

lakonannya dia sgt berkesan kan.. suka tgk arwah bawak watak jahat.. AL-FATIHAH...


EmoticonEmoticon