KLIK BANNER UTK JOIN
Sebab Yumida meminati vintage kerana:
Rekaannya yang unik dan rare
membuatkan penampilan diri Yumida nampak lebih menarik dari hari biasa. Seperti
yang kita tahu corak vintage ni berilhamkan fesyen pada zaman 1920-an hingga tahun 1980-an. Namun
ada jugak yang mengatakan pakaian yang dikategorikan vintage ni jika ia berumur
lebih 15 tahun, yakni tahun 1998 ke bawah. Sehingga kini fesyen bercorak
vintage amat digemari. Bukan sahaja Yumida sendiri malahan rakan taulan Yumida
turut meminati pakaian vintage.
Pada Yumida sendiri rekaan pakaian
vintage ni terperinci. Teknik kedutan, klim, tektur kain, corak kain
menyerlahkan aura kefeminian seseorang bila menggayakan pakaian vintage. Keunikan
pada corak vintage juga jarang dilihat pada pakaian yang dijual pada hari ini.
Sebab itulah klasifikasinya dalam istilah unik. Unik pada rekaannya, unik
mengenai umur pakaian, unik kerana sukar untuk mendapatkan pakaian vintage pada
masa kini, unik kerana harganya mengikut umur pakaian, unik kerana vintage
dilabelkan sebagai pakaian original yang dikeluarkan oleh pengeluar asal.
Sebagai wanita, jika kita menggunakan pakaian sebegini unik, pastinya
memberikan kita aura elegant, berani, anggun dan mempesonakan di mata orang
lain.
Semestinya sebagai seorang perempuan,
kita ingin tampil bergaya. Vintage sesuai dengan cita rasa Yumida. Malahan
vintage juga pernah digayakan oleh member Yumida suatu masa dahulu. Ketika
menghadiri dinner bersama teman sekuliah. Vintage sangat kaya dengan tema
tertentu, pastinya acara makan malam juga ditentukan dengan tema pakaian.
Pemilihan vintage sangat bersesuai kerana mempunyai kisahnya tersendiri, lantas
menepati tema yang ditetapkan. Penampilan member Yumida lain daripada yang
lain, seterusnya membuatkan dirinya menonjol pada malam dinner diadakan. Ramai
yang kagum melihat dress yang dipakai olehnya. See, rekaannya yang unik juga
memancing mata yang menatapnya.
Yumida sukakan rekaan kedut di
pinggang yang mana menjadikan imej Yumida bertambah ramping ala-ala body hour glass gitu. Kalau kita tengok kan,
vintage ni mempunyai perincian jahitan dan rekaannya tersendiri. Contohnya perincian
di pinggang. Ia menonjolkan si pemakainya tampak ramping. Bentuk badan
kelihatan solid gitu. Pastinya rekaan sebegini menjadi dambaan semua wanita.
Siapa yang tak mahu nampak ramping. Kan kan kan. Kalau kita tengok cerita
lama-lama zaman P.Ramlee dulu. Kesemua pelakon menggayakan pakaian yang
ramping, body mereka pun boleh tahan. Slim seperti body semut.
Corak polkadot pada kain vintage menambahkan
keceriaan warna pakaian. Seterusnya menaikkan seri pengguna vintage. Dahulunya
corak polkadot sangat popular digunakan, malahan sampai sekarang banyak kain
jenis ‘cotton’ dihasilkan serta dilengkapkan dengan corak polkadot.
Bukan sahaja polkadot, malahan corak
berbunga pada pakaian vintage menyerlahkan lagi penampilan orang yang
memakainya. Sehingga ke hari ini, corak bunga vintage diaplikasi pada rekaan
pakaian pada masa ini. Memandangkan vintage ni mempunyai designnya tersendiri,
Yumida akan mix dan match untuk menepati panduan pakaian muslimah. See, dengan
dress vintage pun kita boleh pakai even kita berimej tudung. Mudah, indah,
anggun bergaya!
TAG:
TAMAT: 15 OKTOBER 2013
EmoticonEmoticon