Senarai Peserta Top 12 Akademi Fantasia 2013


Sape yang tengok Konsert Prelude AF 2013 semalam? Rancangan yang disiarkan secara langsung di Astro Ria menerusi saluran 104 berlintas langsung daripada Padang MPK 4 di Kuantan, Pahang. Apa yang menariknya, rancangan ini dikendalikan oleh pelawak terkenal iaitu Zizan Razak sebagai pengacara. Riuh rendah jadinya..


Menerusi Konsert Prelude AF 2013, dua peserta telah diundi masuk. Dua peserta tersebut ialah:

1)      FAIZUL
Nama penuh: Mohd Faizul Sani
Umur: 28 tahun
Asal: Sabah

 2)      AMIRA
Nama penuh: Nadia Amira Othman
Umur: 20 tahun
Asal: Johor

Dengan kehadiran dua peserta di atas, maka lengkaplah barisan bintang Akademi Fantasia pada tahun ini. Kesemuanya berjumlah 12 orang peserta. Manakala 10 orang peserta telah dipilih oleh juri. Mereka juga turut membuat persembahan pada malam tersebut. Antaranya:
  
1)      AZHAEL AF2013
Nama penuh: Mohd Azhar Osman & Hal Husaini Razmi
Umur: 25 tahun & 25 tahun
Asal: Kuala Lumpur
  
2)      IMAN AF2013
Nama penuh: Muhammad Ikhtiman Che Ismail
Umur: 23 tahun
Asal: Kedah
  
3)      SUHADA AF2013
Nama penuh: Abdul Suhadah Unding
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah

 4)      IRMISA AF2013
Nama penuh: Irsa Sahabuddin & Irmiza Sahabuddin
Umur: 23 tahun & 26 tahun
Asal: Sabah
  
5)      SANI AF2013
Nama penuh: Kamsani Jumahat
Umur: 23 tahun
Asal: Singapura
  
6)      NONA AF2013
Nama penuh: Rasmawatie Mohd Thamrin
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah
  
7)      AISYAH AF2013
Nama penuh: Nur Aisyah Aziz
Umur: 19 tahun
Asal: Singapura
  
8)      NABILA AF2013
Nama penuh: Nur Nabila Razali
Umur: 21 tahun
Asal: Kuala Lumpur

 9)      INDAH AF2013
Nama penuh: Siti Ruhailah Hussein
Umur: 23 tahun
Asal: Johor

 
10)  DARREN AF2013
Nama penuh: Chin Teik Meng
Umur: 21 tahun
Asal: Pulau Pinang


Pengkritik tetap pula terdiri daripada komposer Roslan Aziz, pelakon Sharifah Amani dan penyanyi/ komposer Edry KRU. Untuk Konsert Prelude AF 2013 ni tiada komen spesifik dari pihak juri. Konsert ni juga dihadiri oleh tenaga pengajar AF 2013 iaitu Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili. Sweetnya Cikgu Shafi..manis bertudung :)


AF 2013 turut menampilkan tiga tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai Inspirer iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir. Wah..tak sabar nak saksikan nanti. Penuh debaran!

Psssst! Konsert pertama akan disiarkan secara langsung pada 14 September 2013 nanti. Ada seminggu lagi.. Ingin mengetahui secara lanjut perkembangan terkini Akademi Fantasia 2013? Jom layari: 
Akademi Fantasia - Astro Gempak

31 comments

my friend tercalon ,, jom support AZHAEL

wahhh..sorang je dari kedah ..huhu

Jemput la join segmen saya..

http://penat-menaip.blogspot.com/2013/09/segmen-follow-me-by-salamah-ishak.html

Ada af13 ke, ruginya akak x tengok konsert smlm, 14 sept arap2 x lupe le

huwaa, ada zizan laa. tak dapat tengok. tak de astro. hehee...

Wah best....kawan2 jangan lupa isi tabung nuff...

mesti mantap sebab tenaga pengajar semua hebat.. isi 3 tabung yumida juga.. :D

ermm..aaa...rumah xde astro..hehe..tggu blogger update je la.. :)

aih.. sikda org sarawak thn tok? hee

eh yg dua2 orang tu group ke?

assalamualaikum..yumida :)

x der dah pak nil sbg pengacara..

makin sibuk laa zizan mengacarakan mcm2 program hiburan di tv...hehe

ayie tgok peserta masih muda...mungkin masih awal nak menilai kemampuan mereka..:)

ade lagik sorang tertinggal....ala!!!mamat yang hensem tuh...kalau x silap name dye pheonix kot!!!!!wakakakaka!!!!!jemmmmed trossss....heheheh

layan jugak petang td tgk Amira dapat :)
jenuh lepas ni kena dgr kritikan Roslan Aziz la depa suma tu.hehehe

dah start ker...rugi tak tengok...

wah dari sabah 4 orang la.. hehe xda pulak tengok tv semalam.. hihi yg penting ada abd zizang.. wakakaka

tak sempat g nak tngok program ni...owh...ramai jg dari sabah...yang sorang tu faizul cam krole kenal lak hm...

siap ada duet2 lagi eh..fieda x tercalon ke? hihi.. good luck utk smua peserta AF..

grrrr..slah seorg calon faveret shark x masuk lak..
mmg xbest..
Azhael dan indah dh mmg kompom g final nnti.

akak ari tu tgk kejap je..lepas tu si kecik nak tgk citer katun lak..wah,ex-schoolmate akak pun dipilih..:)

Sisters to my friend were selected. Support Irmisa! =)

tak dapat lagi nk tgok! asben x kasi can! huhu...

sy tak tgk pun konsert prelude AF mggu lepas...agak2 ade kelainan tak dari AF yang sebelum ini...

Regards,
-Strider-

tak sempat tgk ari tu... done clik2 nuffnag yer

Tak sabar nk tengok bintang dlm pembikinan ni :)

Seorang sebaya dengan Mieya, Adik Alif Aziz pulak tu.

hu3..lgsung xthu pkmbangan pasal ni =) tp ada kelainan pd af kali neh

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon