Kesinambungan
entry:
Semalam kita telah
dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak. Peningkatan kenaikan harga minyak diesel dan RON95 naik sebanyak 20 sen
seliter. Menjadikannya, RON95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula
berharga RM2.00 seliter.
Dasar rasionalisasi
subsidi bahan api ni telah bermula tengah malam semalam (2 September 2013).
Tersedia entry yang kudedikasikan khas buat korang semua: Minyak Diesel & RON95 Naik 20 sen
Sebab apa harga
minyak ni naik? Minyak petrol, minyak diesel..antara minyak yang paling penting
dalam kehidupan seharian kita. Tanpa bahan api ni, kita tak boleh menggerakkan
enjin kenderaan. Tanpa kenderaan, kita tidak boleh nak pergi ke tempat kerja,
menghantar anak ke sekolah, pergi membeli barangan dapur, pergi blablabla......
See, betapa pentingnya bahan api ni buat diri kita. Melainkan jarak dari rumah
kita ke destinasi yang ditujui tu dekat, so bahan api ni tak la sangat
diperlukan.
Melalui kenaikan
harga minyak yang meningkat sebanyak 20
sen ni, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini. Kenaikan
harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana,
yang akhirnya bertujuan memberi kesan
positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri kita iaitu Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata
sekiranya ekonomi negara terjejas,
ia akan mendatangkan kesan buruk kepada
rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan
amat berat apabila mereka gagal
menangani ekonomi mereka dengan baik. Sebab itulah langkah perlaksanaan
kenaikan harga minyak ni dikenakan. Bagi mengukuhkan
ekonomi negara kita. Andai itu yang terbaik, sebaik rakyat..daku menurut
perintah.
Bila harga minyak
naik sebanyak 20 sen seliter. Maknanya subsidi
bahan api dikurangkan sebanyak 20 sen seliter jugak. Terkini, kerajaan memberi
subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
HARGA TERKINI BAHAN
API – SEPTEMBER 2013
RON95 - RM2.10 seliter
DIESEL - RM2.00 seliter
Minyak oh minyak...isu
mu begitu hangat diperkatakan. Ada yang berasap, ada yang cool, ada yang buat
don’t know. Aku...semestinya PEDULI. Kerana apa. Kerana aku pengguna minyak
petrol...emas hitam yang diperlukan oleh semua pengguna jalan raya. Jika kenaikan
harga minyak ni bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi, aku redha. Jika itu yang
terbaik buat kita. Namun...isunya bukan
sahaja mengenai harga minyak. Tapi..kenaikan harga barangan lain! Moga
tiada peniaga yang mengambil kesempatan.
24 comments
setuju tu Yumida!..harapan jangalah barangan gula minyak masak tepung ayam semua naik...mau naik berang orang dibuatnya.
Assalamualaikum yanggg, huwaaa rasa sebak harini. lepas ni nak pergi jalan2 pun fikir 2-3 kali. yang miskin akan tetap miskin. pasni makan nasi dengan garam je kalau semua barang naik >________<
abes la barang naik huaaa kena jimat banyak nie >.<
Assalammualaikum... yumida,
Harga minyak naik xper.. tp masalah harga barang turut menerima tempias kenaikan harga minyak...
mselim3
pls:> harga minyak > harga barang..
Tiap kali minyak naik, memang jadi topik hebat la.. :)
minyak naik.. naik minyak... sudahnya smua naik hantu..huhuhu... sana sini x habis2 psl isu minyak kan.. lps ni siap sedia dgn hrga barang lain yg bakal naik jugakkkk.. hahaha.. smuanya berlaku lps PRU..! ngee
Entahla. Nanti kena jimat la. Kasihan kat mak ayah terpaksa buat bajet baru gara2 minyak naik ;(
dasar rasionalisasi? Yeah....thats their term of being rational towards an irrational issue hehe
Patutlah harga minyak naik
dah tak terkata daaa :(
no komen...hehehhe...
Harga minyak kamek sik kesah mun nya nait. Tapi rega barang makan ya.
Tunggu sajalah pasni..hehe
sabo je la..apa lagi naik lepas ni..
huhu...nasib badaaaan
Harga pasaran dunia, harga minyak turun...tapi kita naik harga! Dan yg pasti, barangan lain juga akan naik...sabor je la
Harga dah naik tetap akan naik lagi di masa depan. Apa kata kita kukuh ekonomi kita lagi. Cari sumber lebih untuk keluarga.
konfem barang lain pun akan naik.. isu tu sebenarnya yg panas. hehe..
Keperluan harian akan naik juga.. Tambah perkhidmatan awam juga akan naik juaga
parah2
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/09/petrol-dan-diesel-naik-20-sen-kelebihan.html
sabor jelh..hm nasi dah jd bubur..xpasti kt mn pro dan kontranya
Ai pun peduli jugak,sgt peduli sebenarnya sbb myk ni pakai ari2 g kj,blk kj tu x masuk blk kg lagi..hadoiiii
minyak naik barang lain pn akan naik tu sebenarnya yg kita takutkan
kita tengok ajerlah dlm seminggu 2 ni, brg apa yg naik dulu...
Semua sedih bila minyak naik. Tak kurang jugak yang bergaduh -.-
EmoticonEmoticon