Bila Berhutang, Langsaikanlah Hutang Dengan Segera

Tidak salah kalau kita inginkan sesuatu, lantas berhutang. Tapi, ianya menjadi kesalahan berat jika hutang itu dibiarkan tanpa dilangsaikan.

Orang yang tidak membayar hutang umpama orang yang tidak menepati janji. Pastinya sebelum kita berkehendakkan sesuatu, kita telah membuat perjanjian terlebih dahulu.

hadits berhutang

“Haaa..ni barang yang ko nak tu. Jangan lupa, lepas dapat gaji nanti bayar tau.”

“Wokeh..no hal punya laaa.”

Haaa...sedutan dialog antara pemberi hutang dan si penghutang. Barang sudah di berada di genggaman tangan, janji terus dilupai. Hutang tergantung begitu saja.

Pastinya salah seorang daripada kalian pernah menghadapi situasi kat atas ni. Cuba menghubungi si rakan tersebut, namun panggilan tidak dijawab. Diselangi dengan usaha menghantar mesej, namun tiada balasan. Janji tinggal janji. Apakah rakan tadi sudah terlupa akan hutangnya? Apakah rakan tadi tiada wang untuk menebus hutangnya? Berbagai persoalan timbul. Mungkin dia busy kot. Tapi mengapa wall di facebooknya berdentum-dentam. Sangat aktif! Oh rakan...usahlah begitu...ingat janji pada mereka yang kau janjikan..ingat janji yang kau lafazkan..disaksikan olehNya!

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya,
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi]


Jika berhutang, langsaikan hutang dengan segera. Hutang pinjaman PTPTN, hutang kepada rakan, hutang dengan makcik nasi lemak, hutang dengan tauke Achong, malah sebagai pensponsor yang menaja hadiah segmen/ giveaway/ contest. Tunaikan janji kita. Selamat hari Jumaat u olls. Assalamualaikum..

29 comments

Assalamualaikum yangg. thanks sharing. sheila ada hutang giveaway. skrg tengah cari hadiah tambahan utk pending hutang tu. harap2 orang tak marah sheila :(

alorh! alorh! comelnya kartun tu...
betul tu yumida.. ada kebenarannya kata-kata itu.. mama pun ada hutang orang gak ni, hihi

haaa..
saper tu..
alhamdulillah shark xdek lg stakat nie:)
mmg dr dulu jauhkn bnda2 nie..
kalu dekat mmg bleh botak kapla.
hutang snang je mintk.
bayar bukan main payah.

betul2..kalu berhutang kenalah bayar...

Ana mmg x suka bhutang..skrg dh settle ptptn n loan yayasan.berehhh bru tenang hatiku lalala.pssstt x elok bhutang tp liat bayo tau..:-)

betol..hutang wjb byr meskipun drh dging sndrik sbb mulut dah terkeluar ayat hutang melainkan dihalalkan

betul tu hutang perlu di bayar walau apa jua caranya ,bahaya kalau tak langsaikan hutang

Nice Share Alhamdulilah :) btw lawa doodle kucing

hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut.. sendiri ingat la kan.. :)

membayar hutang hukumnya wajib..so kalo berkemampuan terus langsaikan~

fae berhutang kat uni fae coz i have a certain amount of sem fee yang belum bayar lagi hehehe.

risau bila fikir kalau kita terlepas pandang yg kita masih berhutang dgn org .. :(

In shaa ALlah, thanks for the reminder

Setuju hutang tetap hutang wajib d langsai..alhamdulila setakat nie tda brhutang lgi.nice sharing :-)

Betul tu.. cepat lambat..hutang mesti di langsaikan...

bena ya.. tkut glak mun tlupak byr utang..

selagi hutang tu tak dibayar, hati rasa macm tk tenang jeer

yelah sis yumida.kadang2 macam kita ni peminta sedekah pulak,nak minta balik kawan tu bayar.sentiasa cuba bersangka baik mungkin dia belum mampu huhu...

owh sebenarnya nak remind yang sponsor2 tu,ye he3...

sebut pasal hutang ni hana da pengalaman pahit..

kkdang kita nak minta hutang dari kawan rasa susah sangat sebab nanti kawan kita tu mcm " nantilah bayar tak sabar2, bukan nak lari pun". lepas tu kawan hana mengata hana dari belakang.sangat sedih. Klau tak minta dia lupa.. sebab pernah dia lupa bayar tapi xkisah pun sebab sikit ja dia hutang tu.
tapi kali ni banyak dia hutang kena tuntut gak lagipun dah nak akhir sem.

hana masih ingat, hana xkan lupa sampai bila2. sekarang masih berhubung tapi xbaik mcm dulu..

tapi nasib perkara ni jadi masa nak dekat2 habis sem. jadi tak terasa hati.. tapi masih sakit hati dia kata kat belakang. heboh2 kat kawn2 yang lain...

sakit hati.. sedih walaupun dah setahun berlalu

p/s: luah perasaan kat sini plak. huhu sorry2.nak menagis rasa..banyak entry hana buat pasal kesedihan hana ni. hana xtau nak cerita kat sapa..

kdg2 da bg org pnjam duit ke ape ke, si peminjam wt xtau plak. mcm xnak byr.
sabor je laa.. xkan nak mnx plak kan,.
so, diam kan aje laa

knpe kak..ada yang x langsai hutang akak ke..habaq fizi deh hehe :) kasi siku sama dia hehe :)

btol tu...btw,,comel la kucing tu!.^^

morning umi ^^
adoi, PG pun banyak hutang ni. dan salah satunya hutang nak join segmen. alamak. kena cepat bayar la jwpnya ni ^^

bawa ke mati kalau berhutang ni. sbb tu bila ada org mati skarang, ada family sanggup siarkan di akhbar utk melangsaikan hutang2 simati. nauzubillah.....azab dalam kubur nanti oiiiiiii!!!

acaner tu....kalau seposen doplocen, bolehlah dihalalkan kannnnnnn.......

takut nak berhutang nie dik..tapi apa boleh buat...bukan semu benda leh dapat cash je..hihihi...yang penting kejujuran kita berhutang...:)

nak bayar klik nuffang nie..hihi...klik banyak kali..:)

setuju..xtenteram rasenye selagi hutang xdibayar..


EmoticonEmoticon