Assalamualaikum,
selamat hari Jumaat semua. Alhamdulillah hari ni hari yang sangat bagus untuk
kita memotong kuku dan melakukan perkara sunah.
Bermula
hari Isnin lepas, Nuffnang dengan semangatnya telah menyemak blog aku lantas
menukar status aku yang sebelum ini bergelar glitterati kepada Non Glitterati. Tak apa. Aku tak marah. Kalau
dulu aku menjadi kelam kabut bila berstatus non glitterati. Kali ni aku cool.
Sebab aku dah bersedia menghadapi dan tahu yang Nuffnang akan menarik status
glitterati aku.
Kini aku berstatus non glitterati Nuffnang |
Status Nuffnang Jadi Non Glitterati
Oh
ya, aku ada terbitkan artikel yang ni pada bulan lepas: Status
Glitterati Nuffnang Bertukar Non Glitterati. Punca aku
berstatus non glitterati pasal aku
letak 2 blog untuk 1 akaun Nuffnang aku. Untuk masukkan 2 blog, tak ada
masalah. Sebab itu adalah salah satu cara juga untuk raih pulangan lumayan
dengan Nuffnang. Tapi ianya tidaklah begitu mudah. Ada cabaran jugak.
Untuk
mengelakkan akaun Nuffnang kita menjadi non
glitterati, pastikan blog kedua iaitu blog baru kita juga ‘aktif’.
Maksudnya di sini, trafik blog kena juga bagus. Kalau tak ada pelawat atau
trafik blog teruk, Nuffnang akan tukarkan status kepada non glitterati. So, aku
pun decide pisahkan blog baru dengan blog lama. Sebab jejaskan peluang aku nak
dapatkan kempen CPUV Nuffnang.
Settle!
Ada 9 lagi kempen CPUV Nuffnang yang masih lagi berstatus ON GOING |
Sedikit
perkongsian informasi pasal Nuffnang:
Pasang Iklan Innity Di Blog
Bermula
10 Mei 2015 (Ahad), aku pun tampal iklan
Innity dalam blog. Untuk makluman semua, sesiapa yang pasang iklan pesaing
Nuffnang status glitterati akan hilang. So, hari Isnin tu sepantas kilat
Nuffnang tukar status aku kepada non
glitterati. Aku dah jangka pun.
Guna pengiklanan Innity di blog |
Innity Punca Status Nuffnang Jadi Non Glitterati
Rugikah aku kalau status glitterati aku
hilang?? Ya, ada
kerugian di situ. Berbaloikah letak
iklan Innity walaupun hilang status glitterati Nuffnang? So far, aku
rasakan tindakan aku berbaloi. Sebab sebelum ni aku perhatikan juga corak
pengiklanan Nuffnang ni. Asyik tayang iklan biru tu je. Dan aku perhatikan
sekitar tengah malam baru iklan disiarkan. Er..iklan biru tu tak menjana
apa-apa. Dan tengah malam tu pula..ada ker pembaca yang masih celik mata buat
blogwalking atau cari informasi? Penuh persoalan..
Jadi,
aku pun nekad. Pasang iklan Innity di blog. Aku nak tengok perkembangan guna iklan Innity ni. Lagipun boleh tambah
pengalaman aku menggunakan pengiklanan lain. Nak berjaya, kena berani mencuba dan ambil risiko. Insha Allah,
jika perkembangannya positif akan aku kongsikan pengalamannya nanti.
Kisah Innity:
Permohonan Iklan Innity Diluluskan
Kisah Innity:
Permohonan Iklan Innity Diluluskan
Pengiklanan Geniee SSP & Status Glitterati
Oh
ya, sebelum ni aku juga pernah gunakan pengiklanan lain iaitu Geniee SSP. Bayaran dalam bentuk mata wang dollar. Dah 2 kali cashout. Bakal terima
bayaran bulan Jun ni nanti. Alhamdulillah, seronok bila dapat pulangan melalui
berblog. Walaupun hanya untuk suka-suka pada mulanya.
Sepanjang
pengalaman aku guna iklan Geniee SSP
selama 6 bulan, perletakan iklan Geniee SSP tidak mempengaruhi status
glitterati. Means, ia iklan yang belum diiktiraf pesaing Nuffnang. Tak tahu
la kalau sekarang Nuffnang dah update sistem mereka.
Wokeh,
sekian sahaja celoteh aku pasal Nuffnang, Innity dan Geniee SSP. Selamat
berhari Jumaat :)
17 comments
try jugak apply innity..tapi tak berhasil nampaknya..
syarat kelayakan untuk apply innity pageviews kena 200,000 setiap bulan, insha Allah kalau trafik blog lebih 200k mungkin ada peluang untuk diluluskan innity.
dah lama apply innity ni, hari tu remove innity sebab clash dgn nuffnang, sekarang nak fokus pada innity, cari pengalaman baru dengan pengiklan lain
wah cayalah Yumida.. jangan lupa share pengalaman ye
insha Allah bbl..baru je guna 5 hari ni..alhamdulillah..so far memberangsangkan
nantikan kemunculan pengalaman beriklan bersama innity coming soon.. tapi lama lagi la..hihihi
baru saya tahu
tak letak pun iklan nuffnag nih..sebabnya akak ni tak paham..haha
kena cuba baru tahu :)
Assalammualaikum.. yumida,
xper lah yumida andainya earning dengan innity lagi masuk... semoga yumida terus berjaya dalam dunia blogging.. Amin.
mselim3
kite baru tahu ade iklan innity. hehe. a'ah, nuffnang sekarang asyik pamerkan iklan biru tu je. bosan pulak
jom pasang iklan innity
sayang klo blog xde pasang iklan
blh jana sedikit side income
ada tutorial kongsikan cara letak iklan nuffnang dalam blog
setuju! dah cuba baru kita dpt pengalaman berharga
wsalam mselim
terima kasih atas kata2 semangat dri mselim. moga beriklan bersama innity memberi lebih banyak rezeki.. insha Allah
selamat daftar & sign up iklan innity
cuba lok ne tauk dapat..rezeki ya
aah iklan biru tu yg prob, tak jana $. iklan tidur namanya tu. hihi
iklan innity ni iklan yg dah lama bertapak. cuma agak sukar nak dapat. tu la nak try bersama innity ni. mudah-mudahan masyuk... kikiki
Pageview akak tak capai target lagi...dlm 200k sebulan jauh nak kejar tu...nice entry yumida...nnti boleh story yeah...
nak cuba nasib jugalah ...
EmoticonEmoticon