Status Glitterati Nuffnang Bertukar Non Glitterati

Lama pulak rasanya tak buat entry pasal Nuffnang ku sayang ni. Mungkin Nuffnang rindu kot nak kena tag kat entry aku. Huahuahua (gelak jahat). Wokeh hari ni aku nak cerita pasal status Glitterati Nuffnang yang sekejap ada sekejap menghilang. Kalau hilang kat mana nak cari balik status Glitterati ni? Ker..nak cari dalam coklat Chipsmore. Ada ker? Jeng jeng jeng..

Cara atasi masalah bila status nuffnang bertukar jadi non glitterati, status glitterati nuffnang berubah menjadi non glitterati, sebab status nuffnang menjadi non glitterati, cara hantar tiket pertanyaan ke nuffnang, submit ticket nuffnang, cashout earning nuffnang, iklan pesaing nuffnang, gambar nuffnang, jana pendapatan online dengan nuffnang

Status Glitterati Nuffnang Bertukar Jadi Non Glitterati

Al kisah hari Isnin yang lepas, aku nak tengok apa keyword yang masuk dalam blog aku ni. Terkejut mataku melihat kaler hijau kat status Glitterati aku. Kalau hijau, itu maknanya status Nuffnang aku Non Glitterati. Adeh! Apa kes tetiba Glitterati aku bertukar pulak ni. Padahal tak curang pun. Walaupun kat minda aku kuat mengatakan aku nak curang letak iklan lain. Tapi tindakannya belum ada. Ker Nuffnang pandai baca minda aku. Lagi sekali, jeng jeng jeng..

Cara atasi masalah bila status nuffnang bertukar jadi non glitterati, status glitterati nuffnang berubah menjadi non glitterati, sebab status nuffnang menjadi non glitterati, cara hantar tiket pertanyaan ke nuffnang, submit ticket nuffnang, cashout earning nuffnang, iklan pesaing nuffnang, gambar nuffnang, jana pendapatan online dengan nuffnang

Cara Atasi Masalah Bila Status Nuffnang Bertukar Jadi Non Glitterati

Eh senang je la nak selesaikan masalah ni. Andai kata korang sendiri terkena macam ni, wokeh, rilex je dulu. Pergi ke akaun Nuffnang korang, pergi ke bahagian SUBMIT TICKET. Bagitau kat pihak Nuffnang apa masalah yang korang hadapi. Kalau dalam kes ni, status menjadi non Glitterati. Padahal dah terang dan nyata korang tak buat salah.

Apa kesalahan yang boleh menyebabkan kita kehilangan status Glitterati Nuffnang? Meletakkan iklan pesaing Nuffnang. Contohnya letak iklan Komli. So, kalau korang bimbang status Glitterati korang akan terjejas, tanya dulu kat pihak Nuffnang, boleh ke tak letak iklan itu, iklan ini. Supaya kita tak hadapi masalah di masa akan datang. Nuffnang ni ada cerewet sikit.

So far, aku pernah letak iklan Geniee SSP, Innity sekali dengan Nuffnang. Masa tu, aku masih lagi berstatus Glitterati. Tapi kalau sistem dah berubah, mereka akan tukar status kita ke non Glitterati. Means, iklan tu dah bertaraf pesaing mereka. Jadi, kena sentiasa berhubung dnegan pihak Nuffnang.

Lepas hantar tiket pertanyaan kat Nuffnang dan memberitahu masalah kita secara terperinci, mereka akan kaji balik. Mungkin ada kesilapan teknikal kat sistem mereka. Hari ni berstatus Non Glitterati, esoknya kita semak balik kat akaun Nuffnang, status dah dikembalikan Glitterati asal ke belum. Kalau macam kes aku, taraaaa! Esoknya dah pulih. Status Glitterati dikembalikan sedia kala. Kalau tak esoknya, semak lagi hari keesokannya. Kalau tak ada respon, hantar lagi tiket kat Nuffnang, ajukan lagi persoalan tersebut. Sampai la masalah ni selesai.

Rasa macam nak cashout Nuffnang hujung bulan ni. Ermm ker nak tunggu lagi, kasi beranak pinak. Alhamdulillah, rezeki berblog ada la sikit-sikit. Sambil berblog sambil jana pendapatan sampingan. Moga rezeki kita mendapat keberkatan dariNya.  

Artikel menarik berkaitan Nuffnang:

DOA DIMURAHKAN REZEKI
Ya Allah..apabila rezeki diriku & rakan bloggerku yang lain ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya.

Juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut, dan berikanlah rezeki pada diriku & rakan bloggerku yang lain dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan diriku & rakan bloggerku yang lain tidak memerlukan sesiapa selain dariMu, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. Aamin.

15 comments

buat masa ni takde masalah lagi...

Pernah kene skali mcm ni..tp sehari dah ok, alhamdulillah..hehe

tak pernah lagi jadi..alhamdulillah..dah settle..:)

SINGGAH CARI ILMU NUFFNANG...TQ

oo..ye ke..tak perasan pulak

Singgah pagi..
buat mase skrg nie..nieyl punye okey lagi :)

mesti gabra gila kalau tetiba status berubah jadik non glitterati..

Dugaan tu klu kena mcm tu especially klu tak buat apa2 kesalahan. Mujurlah dpt berhubung dan selesaikan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye.. :)

Teringin nak merasa duit nuffnang. Hehe


EmoticonEmoticon