Hati Perempuan Episod Akhir

Drama Hati Perempuan episod akhir telahpun disiarkan pada 14 Mei 2015. As usual, kalau drama adaptasi novel pastinya penghujung drama tu membawa kebahagiaan. Happy ending!

Yes! Drama Hati Perempuan ni dah tamat! Yabedabeduuu! Minggu depan kita akan disajikan dengan drama terbaru iaitu Dia Isteri Luar Biasa. Lakonan hebat Nur Fathia Latiff dan Shukri Yahaya. Excited!!!

Sepanjang drama Hati Perempuan TV3 ni disiarkan ada kisah pelik berlaku di blog. Jeng jeng jeng.. Terjah:

Sinopsis Drama Hati Perempuan TV3 Episod Akhir | Episod 28

Yuhanis (Mia Ahmad) begitu terkejut melihat pembantu rumahnya berlumuran darah. Tanpa Yuhanis sedari 2 orang penjahat kini berada di belakangnya. Yuhanis berusaha untuk melarikan diri namun cengkaman penjahat gagal membuatkan Yuhanis meloloskan diri. Penjahat menumbuk sekuat hati pada perut Yuhanis hingga menyebabkan dirinya pengsan serta merta.

Hati Perempuan drama tv3 episod akhir, sinopsis episod terakhir drama Hati Perempuan TV3 episod 28, gambar, pelakon, pengajaran drama Hati Perempuan episod akhir, last episode, ending Hati Perempuan, episod kemuncak Hati Perempuan drama TV3 slot Akasia
Antara scene drama Hati Perempuan TV3 dalam episod akhir

Nafsu mula menguasai dalam diri penjahat. Mereka berkira ingin memperkosa Yuhanis. Namun sebaik sahaja menyentuh Yuhanis darah mula mengalir dari belakang Yuhanis.

Tengku Zaril (Syarul Ridzwan) berusaha menelefon rumahnya berulang kali namun tiada sesiapa yang angkat. Dia berasa tidak sedap hati. Tambahan lagi keretanya rosak di tepi jalan. Ketika sampai di rumah, Tengku Zaril terkejut melihat isterinya bersama pembantu rumahnya terbaring di dapur. Ketika itu juga penjahat mula melarikan diri namun gagal.

Yuhanis dikejarkan ke hospital. Kandungannya yang berusia 8 minggu gugur akibat insiden itu. Yuhanis begitu bersedih, begitu jua suaminya, Tengku Zaril. Rupanya segala perancangan jahat untuk menghancurkan Yuhanis adalah rancangan Tengku Amalin (Bella Nazari).

Tengku Amalin panik! Takut ditangkap pihak polis, Tengku Amalin merencana ingin melarikan diri ke luar negara. Namun niatnya terbantut apabila Tengku Zaril berjaya menghidu lokasi Tengku Amalin.

Tengku Amalin kemudiannya ditangkap pihak polis. Yuhanis redha dengan kehilangan anak dalam kandungannya. Dia meminta maaf terhadap suaminya atas layanannya selama ini.

6 tahun kemudian. Yuhanis dan Tengku Zaril dikurniakan 2 orang cahaya mata. Mereka bahagia melayari bahtera rumah tangga. Tamat!

Pelakon yang telah menjayakan drama Hati Perempuan hingga episod akhir
Syarul Ridzwan - Tengku Zaril
Mia Ahmad – Yuhanis
Hafreez Adam - Daniel Idrus
Hafeez Mikail - Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa - Tengku Zaqif
Bella Nazari - Tengku Amalin
Zuhairi Ibrahim - Tengku Hazimi
Noniswara - Tengku Durahtul

Pengajaran Drama Hati Perempuan TV3
1. Taat pada suami, jaga percakapan, bahasa dan tutur kata.
2. Sentiasa berbincang jika ada permasalahan atau perselisihan faham antara suami isteri.
3. Berfikir rasional sebelum melakukan sesuatu. Fikir baik dan buruknya.

Gambar Drama TV3 Hati Perempuan Episod Akhir
drama tv3 Hati Perempuan episod akhir, sinopsis episod terakhir drama Hati Perempuan TV3 episod 28, gambar, pelakon, pengajaran drama Hati Perempuan episod akhir, last episode, ending Hati Perempuan, episod kemuncak Hati Perempuan drama TV3 slot Akasia
Last episod drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3

Tamat dah ending drama Hati Perempuan. Oh ya, semalam sebelum episode akhir drama Hati Perempuan ni ditayangkan, aku terima WhatsApp yang berbunyi begini.. Dengan penuh teruja aku baca. Al maklum la aku pun teringin gak nak tahu apa kesudahan drama TV3 ni.

Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Perempuan Paling Sengal
Yuhanis bercerai dgn Ku Ril...dan berkahwin dgn sepupu Ku Ril iaitu Ku Nyit. tabur Ku Nyit dekat ayam dan Ku Rang kan sedikit garam dan goreng guna Ku Ali...goreng bersama Ku Pang lepas tu buat Ku Ah...makanan tak habis kasi Ku Cing...jangan lupa basuh tangan nanti takut Ku Man...

Hahaha… suspens sungguh! Siapa la yang begitu rajin dan kreatif cipta karangan macam ni..

6 comments

Singgah pagi jumaat :)
happy ending :) suka²...

sempat tengok semalam...dah habis...lepas ni cerita baru pulak kan

Nanti klau xsilap ada HP Raya !! Tgk gmbr tgh shooting. Hehe

Habis jugak citer gaduh laki bini nih,,,hehehe...

episod sebelum ni tak pernah tengok. tengok episod last ni je. hehe


EmoticonEmoticon