Cara Share Iklan 8Share Di Blog Dengan Betul

Rasanya ramai pengguna 8Share di kalangan rakan blogger yang menggunakan cara ni. Cara bagaimana? Ambil kod link 8Share dan kongsi kesemuanya di dada blog. Maka, bersusun-susun dan berderet-deret senarai iklan 8Share di blog. Kita ingat cara ni adalah betul dan tak menyalahi peraturan 8Share. Tetapi kita silap, sebenarnya cara ini tidak dibenarkan oleh pihak 8Share.

Silap hari bulan akaun 8Share kita akan digantung (suspended – jika mereka ingat kita melakukan fraud click – penipuan klik) ataupun proses cashout earning 8Share kita ditolak! Seram kan? Padahal kita tak tahu pun pasal benda ni. 

Cara share iklan 8share di blog dengan betul, share iklan 8share dengan cara salah dan melanggar peraturan 8share, nuffnang, churp churp, kongsi link iklan 8share, punca cashout earning 8share ditolak, dibatal, di reject 8share, akaun 8share digantung, 8share account suspended, gambar share iklan 8share
Pengiklanan 8Share salah satu cara jana duit online dengan mudah

Malah tak dinyatakan dengan jelas dan terperinci di bahagian terma dan syarat 8Share sebelum ni, cara betul berkongsi link iklan 8Share di blog. Kalau yang kat Facebook, Twitter dan Google+ tu kita tahu, sebab penerangannya agak terperinci.

Cuma perkongsian iklan 8Share di blog je masih samar-samar. Sebelum kita membuat kesilapan, eloklah kita mengetahui cara betul share iklan 8Share. Moga-moga berjalan lancar proses cashout hasil pendapatan melalui 8Share tanpa sebarang masalah.

1. Tak dibenarkan hanya share tajuk iklan dan dilinkkan dengan link iklan 8Share sahaja.  Harus ada penerangan tentang iklan tersebut di dalam entry blog. Tajuk iklan harus relevan dengan info dikongsikan. Ada kaitan la maksudnya.
  
Cara share iklan 8share di blog dengan betul, share iklan 8share dengan cara salah dan melanggar peraturan 8share, nuffnang, churp churp, kongsi link iklan 8share, punca cashout earning 8share ditolak, dibatal, di reject 8share, akaun 8share digantung, 8share account suspended, gambar share iklan 8share
Contoh cara share 8Share iklan yang betul yang dikongsikan oleh Yuna

2. Perkongsian 1 link iklan 8Share kena buat dalam 1 entri. Seperti mana diterangkan pada bahagian nombor 1 di atas. Means, tak boleh kumpul sekaligus link iklan. Rasanya aku ada terbuat entry share salah satu iklan 8share. Ni contohnya: Harga Tiket Airasia Serendah 51 Sen

So far, setakat itulah pemahaman aku cara betul share iklan 8Share menerusi blog. Aku pun baru tahu, lepas terbaca artikel yang dikongsikan oleh blogger Suria Lekat Lekit. Entry: 8share Akui Kelemahan Pulangkan Earning. So, buat pengguna 8Share yang ada share link iklan banyak-banyak dalam blog tu, disarankan segera buang. Takut bermasalah bila nak buat proses pengeluaran nanti.

  Share Iklan 8Share Dengan Cara Salah & Melanggar Peraturan 8Share
Sedikit info ingin aku kongsikan, mengenai cara share iklan 8Share yang menyalahi peraturan dan terma syarat 8Share.
1. Tidak boleh link exchange. Ini berlaku pada kedua-dua pihak, yang ingin buat exchange link iklan 8Share. ‘saya klik link awak, awak pula klik link saya’. Sama ada berlaku dalam private mesej di Facebook mahupun dalam group pertukaran link iklan. Ianya salah di sisi undang-undang 8Share.

2. Penganjur segmen/giveaway/contest di blog mewajibkan peserta klik link iklan mereka. Contohnya ayat macam ni: Klik iklan 1, iklan 2… ataupun menggunakan ayat ini: Kalau sudi jemput klik iklan 1, iklan 2 (tak wajib, sunat je). Ayat keras: Klik iklan 1, 2.. (ini untuk pos hadiah korang jugak. Jangan menipu. Nanti saya tak halalkan hadiah yang awak dapat). Hadoi.. macam-macam. Hihi..

Untuk pengetahuan semua, kesemua cara ini adalah menyalahi peraturan sesebuah pengiklanan. Tidak kira la ianya iklan 8Share, iklan Nuffnang, iklan ChurpChurp mahupun pengiklanan lain, ianya adalah salah. Cara betul? Ikutilah panduan cara share iklan yang betul mengikut garis panduan pengiklanan tersebut.

Selamat menjana pendapatan online dengan apa jua pengiklanan yang anda gunakan. Moga beroleh lebih banyak hasil pendapatan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.

Jom jana pendapatan online & raih pulangan lumayan:

15 comments

Assalammualaikum... yumida,

ooo .. kena ada cara yg betul baru earning 8 share baru cashout.

mselim3

pls: mselim3 takder 8share..

Sha pun baru tahu. Itulah 8share tak bagi penerangan jelas sebelum ni mengenai cara-cara berkongsi entry. Nasib ada juga yang berani menegakkan keadilan, hehe :)

tu la pasal kak diana.. saya nak dapat balik earning tu puas bertekak sebab dorang tak bagi penjelasan yang terperinci lepas tu senang nak tarik balik earning lepas dah banyak kita kumpul. Memang leceh.. bila dah tak boleh share link kat blog macam tu earning pun dah tak naik macam dulu even still ada jugak la

Kena update iklan2 8share kat blog yang terabai la lepas ni.. nasib baik ada 2 blog. Nak buat macam mana

aah share seperti dalam terma dan syarat mereka
part share dgn blog je agak samar2..ni pun baru tahu

tu la, akak pun baru tahu. ada cara rupanya nak share link iklan 8share ni kat entry blog

aah..banyak kerenah pulak bila nak kena post dalam 1 entri 1 link iklan 8 share. leceh..

alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak mengembalikan earning 8share sis suria. dalam terma diorang pun kurang jelas cara betul share iklan dengan blog nih. sekarang, kena guna cara yang diorang sarankan.

tu la sis. nasib baik sis update pasal kes 8share tu. kalau tak sampai sekarang kita orang ni ingat cara lama tu betul. bila dah tahu cara terbaru share iklan 8share tu, tetibe datang mood malas. hihi... tengah mencari mood nak up link iklan guna cara baru tu. hmmm...

Okeh thanks info sis, next time kena buat camni. Nasib x kena ban..huhu

hehehe... pernah juga buat cam tu... tapi sekarang dah tak buat walaupun nak buat lagi... seb yumida buat entri ni, ada maklumat dan tak jadi buat semula. terima kasih yer

Saya baru tentang nhe hihi.... Terima kasih atas perkongsian ini..

Tak ebrape faham lagi ni. kat mane nak baca yang yuna share tu? kalau pakai iframe/redirect kantoi tak?

Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam


EmoticonEmoticon