Ulser Mulut Rasanya Sakit
Sangat!!!
Siapa
pernah kena ulser kat mulut? Sakit woo kena ulser ni. Terutama di bahagian
dalam mulut. Dah la tempoh nak baik ambil masa berminggu-minggu. Paling selalu
terkena masa bulan puasa.
Kalau
tersalah makan, tergigit pipi, lidah
atau bibir confirm kecederaan tu akan jadi ulser mulut. Adoi..sakit sangat. Even letak bonjela pun masih sakit dan nak sembuh pun makan masa lama. Terseksanya
bila di landa ulser mulut.
Punca Terjadinya Ulser Mulut
Ada
beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara
sebab berlaku ulser. Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau
buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala
boleh menjadi penyebab ulser.
Gambar Ulser Mulut
Percayalah... ulser mulut tu sangat menyakitkan! |
Tanda-Tanda / Simptom Ulser Mulut
Apabila
berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak
kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut,
lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan
terdapat lingkaran merah sekitarnya.
Cara Merawat Ulser Mulut
1. Air garam kurangkan rasa sakit pada ulser mulut
Kumur
menggunakan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan
atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.
2. Minum air kelapa untuk elak mendapat ulser mulut
Kenaikan
suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang
demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan
minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.
3. Rawat ulser mulut kanak-kanak dengan menggunakan marjerin
Mungkin
ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu
letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser
betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.
4. Madu rawatan terbaik masalah ulser mulut
Umum
mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria
yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat.
Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.
5. Sembuh ulser mulut dengan cepat menggunakan soda
penaik
Soda
penaik (baking soda) dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan
campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang
dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas. Kredit: Cara mencegah
ulser mulut
Praktikkan
cara di atas, mudah-mudahan ia membantu menyembuhkan
ulser mulut yang dihadapi oleh anda. Selamat mencuba!
7 comments
great :)
saya pernah terkena ulser mulut oh macam tu cara nak rawat ok ok terima kasih kongsi :-)
selalu kena ni... aduh.. stress
makan garam ya part paling best... makin sakit makin nyaman jadinya huhu
bagusnye petua..lagi2 yg pasal majerin tu...
tq perkongsian Yumida, memang sakit kalau terkena kan .
Info berguna untuk rujukan..terima kasih ye..
EmoticonEmoticon