Sinopsis Drama Cinta Antara Kita TV2

Sinopsis Drama Cinta Antara Kita TV2 Slot Galeri Famili
Cinta Antara Kita mengisahkan percintaan dua negara, wanita dari Malaysia iaitu Anita (Ayda Jebat) yang jatuh hati pada jejaka Indonesia bernama Biyan (Afhdal Yusman). Anita merupakan anak kandung Ruslan (Rahim Jailani) hasil perkahwinannya dengan isteri pertamanya iaitu wanita Indonesia.

Sinopsis drama Cinta Antara Kita TV2 Slot Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Cinta Antara Kita TV2, drama TV2 Cinta Antara Kita episod akhir, Ayda Jebat – Anita, Afhdal Yusman – Biyan, Kay Khaidir – Reza
Tonton drama Cinta Antara Kita yang disiarkan menerusi RTM TV2

Diana (Airis Yasmin) merupakan isteri kedua Ruslan. Wanita pilihan orang tua Ruslan. Pada awalnya Ruslan enggan berkahwin dengan Diana, namun desakan dan ketegasan orang tuanya membuatkan Ruslan terpaksa mengahwini Diana.

Selepas Ruslan dan Diana berkahwin, mereka menetap di Amerika Syarikat. Isteri pertama Ruslan cuba menjejaki rumah Ruslan di Malaysia. Pada awalnya dia ingin menziarahi makam Ruslan, yang mana dia telah dimaklumkan sebelum ini Ruslan telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Namun sebaik sahaja tiba di rumah Ruslan alangkah terkejutnya isteri Ruslan bila mendapati suaminya masih hidup. Namun dia tidak bereksempatan untuk berjumpa Ruslan kerana keberadaan Ruslan di luar negara. Ketika itu isteri Ruslan sedang hamil anak sulungnya. Tidak berapa lama selepas itu, isteri Ruslan telah melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Anita. Namun, dia meninggal dunia selepas melahirkan anak. Anita dijaga oleh pekerja Ruslan yang juga turut tinggal di rumah itu.

Ruslan tidak pernah mencintai Diana. Malah lebih teruk Diana cuba memberikannya minuman yang mengandungi racun untuk melumpuhkan anggota badannya. Selepas Ruslan lumpuh sebelah badan, Diana mengambil alih tugasan di syarikat. Malah dirinya boleh bertindak sesuka hati. Layanan Diana pada suaminya Ruslan sangat kasar, begitu juga Anita. Diana sering kali menyakiti hati Anita.

Ketika Ruslan sakit, dia sering terkenangkan arwah isterinya. Dia menyesal kerana meninggalkan isterinya di Indonesia dan tidak pernah kembali kepada isterinya selepas itu.

Diana ingin menjodohkan Anita dengan anak kawan rapatnya, Aleeza Shahdan yang bernama Reza (Kay Khaidir). Reza juga turut bekerja di bawah syarikat Ruslan. Cinta tidak boleh dipaksa. Anita hanya menganggap Reza sebagai sahabat sahaja. Kerana waktu itu hatinya telah dimiliki oleh jejaka bernama Biyan.
                                                                                                  
Cinta antara Anita dan Biyan mendapat tentangan hebat dari keluarga masing-masing. Apatah lagi Diana yang suka memaksa mendesak Anita mengahwini Reza. Adakah Anita dan Biyan bakal bersatu? Tonton kesudahannya hingga ke episod akhir menerusi drama Cinta Antara Kita di TV2.

Gambar Drama Cinta Antara Kita TV2 
Sinopsis drama Cinta Antara Kita TV2 Slot Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Cinta Antara Kita TV2, drama TV2 Cinta Antara Kita episod akhir, Ayda Jebat – Anita, Afhdal Yusman – Biyan, Kay Khaidir – Reza
Drama Cinta Antara Kita TV2 lakonan Ayda Jebat dan Afhdal Yusman
  
Saksikan drama Cinta Antara Kita Slot Galeri Famili
Tarikh drama Cinta Antara Kita mula disiarkan: 21 Mei 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 1.00 petang – 2.00 petang
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon