Masalah Simkad Celcom Prepaid Disekat

Masalah Simkad Celcom Prepaid Disekat (Tak Boleh Topup & Reload)
Aku ada 1 simkad data Celcom jenis prepaid yang aku gunakan khas untuk online internet je. Memandangkan di kediaman kami dah ada wifi, so penggunaan simkad data Celcom ni tak diperlukan sangat. Dah nama ada wireless internet, haruslah guna dengan sebaiknya! Jimat duit nak topup simkad data Celcom prepaid setiap bulan.

Namun, simkad data Celcom prepaid amat-amat diperlukan ketika balik kampung. Tanpa simkad ni, tak dapat la nak online bila berada di kampung. Nak dijadikan cerita, aku terlupa nak topupkan simkad data Celcom prepaid ni. Al maklum la tengah syok online pakai wifi je. Bila dah dekat nak balik kampung, aku gelabah bila aku check kat tempoh expire simkad data Celcom prepaid dah nak dekat nak tamat! Simkad Celcom bakal expired!!
  
Masalah simkad data celcom prepaid disekat tak boleh topup & reload, simkad celcom disekat tak boleh sms & buat panggilan keluar, tempoh aktif simkad celcom prepaid, cara aktifkan simkad celcom prepaid daripada disekat, no signal found for mobile networks, not registered on network, dail nombor 1111 celcom careline, celcom service center (customer helpline), khidmat pelanggan celcom
Tak boleh semak baki kredit 'BAL' bila Simkad Celcom Prepaid disekat atau di block

Aku pun segera topupkan. Masalahnya, topup aku tak masuk. Tak boleh topup atau reload. Tertera ayat macam ni keluar depan screen tablet ‘No signal found for mobile networks’. First aku ingatkan, takde line telefon, tapi aku tengok kat bar tablet, full je line handphone.

Kemudian, aku cuba check balance kredit. Nak tengok berapa baki kredit yang tinggal. Aku pun dail BAL dan sent ke nombor 2888. Pun sama jugak, tak dapat nak akses ke rangkaian Celcom. Tertera ‘No signal found for mobile networks’.

Simkad Celcom Disekat Tak Boleh SMS & Buat Panggilan Keluar
Risau tak dapat reload (topup) untuk simkad data Celcom prepaid, akupun buat sedikit search kat Google. Ada yang bagi pandangan suruh dail nombor 1111 Celcom Careline. So aku pun try jugak. Masalahnya aku tak boleh dail guna simkad tu. Langsung tak boleh. Bila aku cuba hubungi Celcom Service Center (Customer Helpline) menerusi nombor 1111 tu keluar ayat macam ni ‘Not registered on network’. Sah! Simkad data Celcom prepaid aku disekat!

Masalah simkad data celcom prepaid disekat tak boleh topup & reload, simkad celcom disekat tak boleh sms & buat panggilan keluar, tempoh aktif simkad celcom prepaid, cara aktifkan simkad celcom prepaid daripada disekat, no signal found for mobile networks, not registered on network, dail nombor 1111 celcom careline, celcom service center (customer helpline), khidmat pelanggan celcom
Tak boleh buat panggilan keluar 'CALLING OUT' bila simkad Celcom prepaid dalam fasa termination phase 1

Tempoh Aktif Simkad Celcom Prepaid
Kalau diikutkan, simkad aku belum lagi kategori ‘expired’ pasal masih lagi belum melebihi tempoh 2 bulan. Sebab kalau simkad kita tak ditopup melebihi 2 bulan (60 hari) nombor simkad kita akan dinyahaktif (dilupuskan). Perkhidmatan simkad kita dihentikan (terminate).

Cuma dalam kes aku ni, simkad aku tak ditopup atau reload dah melebihi 50 hari. Di mana dalam tempoh tu (hari ke 50 hingga hari ke 60) nombor simkad aku disekat. Tak boleh reload, tak boleh topup, tak dapat SMS, tak dapat call keluar.

Masalah simkad data celcom prepaid disekat tak boleh topup & reload, simkad celcom disekat tak boleh sms & buat panggilan keluar, tempoh aktif simkad celcom prepaid, cara aktifkan simkad celcom prepaid daripada disekat, no signal found for mobile networks, not registered on network, dail nombor 1111 celcom careline, celcom service center (customer helpline), khidmat pelanggan celcom
Jika berlaku masalah simkad celcom prepaid disekat hubungi talian khidmat pelanggan Celcom nombor 1111

Cara Aktifkan Simkad Celcom Prepaid Daripada Disekat
Solusinya hanya satu, pergi ke cawangan Celcom berdekatan dan minta mereka aktifkan nombor simkad aku kembali. Bayaran RM30 akan dikenakan, dan nilai tersebut akan masuk ke dalam kredit telefon. Settle. Tapi aku tak settle lagi, pasal tak dapat keluar dalam masa terdekat ni. Huhuhu.. sedih.. sobs sobs…

10 comments

kena selalu beringat tu...

Hehehe.. nampak gayanya cam kena beli simkad baru je..

ye la kan kena beringat selalu

tak penah ada pengalaman camni..
ke kena beli simkad baru

Dulu ada beli prepaid celcom untuk kegunaan kat kg. cantik nombor dia. Sekali tak topup lebih 3 bulan..terus tak aktif dan tak boleh rectivate balik kata customer service...kecewa..

nampaknya macam kena beli baru lah ni ya.. tak sampai dua bulan lagi dah disekat la pulak ye...

Nak jimat gna ni..hanya berkongsi
http://onexox-simkad-jimat.blogspot.com/
http://simcards.onexox.im

nice blog

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon